yogurt buat sendiri

Rupa-rupanya boleh buat yogurt sendiri di rumah. Macam yang anda tahu, yogurt adalah salah satu produk tenusu yang sangat popular. Setiap peti sejuk mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu botol yogurt, bukan?

Produk ini juga sangat fleksibel, kerana yogurt boleh digandingkan dengan hidangan tertentu selain dimakan begitu sahaja. Dalam masakan, yogurt sering digunakan semasa menyediakan ayam tandoori, salad buah, dan sebagainya.

Baca juga: Cream Cheese Homemade, Guna 3 Bahan Dengan Modal RM13 Je!

Selain yogurt, terdapat beberapa variasi minuman yogurt ini dari negara lain, seperti Desi (India) dan Laban (Timur Tengah).

Seorang pengguna TikTok bernama Mohamad Ridhuan (@mohamadridhuan.gh) telah berkongsi resipi dan kaedah yogurt buat sendiri


RESIPI YOGURT BUAT SENDIRI

buat yogurt sendiri

Bahan-bahan:

  • Segelas susu tepung penuh krim
  • Segelas air panas (bukan yang mendidih)
  • Dua gelas air sejuk
  • 150-200 gram yogurt

Cara-cara penyediaan yogurt:

1. Pertama sekali, masukkan segelas susu tepung penuh krim ke dalam sebuah bekas dan masukkan air panas. Pastikan air panas tersebut tidak menggelegak dan sebaik-baiknya diambil dari penapis air.

2. Apabila semua serbuk larut, masukkan dua gelas air sejuk ke dalam bekas berkenaan dan kacau sehingga sebati.

3. Selepas itu, masukkan kira-kira 150-200 gram yogurt ke dalam bekas yang berisi larutan susu berkenaan dan kacaukan sehingga sekata.

4. Setelah larutan tersebut sudah kelihatan sebati, tutup bekas berkenaan dan biarkan selama 8 hingga 9 jam.

5. Beberapa jam menunggu, anda akhirnya boleh menikmati yogurt buatan sendiri di rumah. 

Video Penuh:

@mohamadridhuan.gh

Buat sendiri yogurt, laban, dehi atau susu masam.

♬ original sound – ridhuan1002 – Ridhuan 1002

Antara kebaikan yogurt:

  • Sumber Protein: Yogurt adalah sumber protein berkualiti tinggi yang penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.
  • Kalsium: Mengandungi kalsium yang baik untuk tulang dan gigi yang sihat.
  • Probiotik: Mengandungi bakteria baik yang menyokong kesihatan saluran penghadaman dan sistem imun.
  • Vitamin dan Mineral: Mengandungi vitamin dan mineral penting seperti riboflavin, vitamin B12, fosforus dan magnesium.
  • Laktosa Rendah: Lebih mudah dihadam bagi sesetengah orang yang mempunyai intoleransi laktosa.
  • Mengurangkan Risiko Penyakit: Berkaitan dengan pengurangan risiko penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi.
  • Kesihatan Kulit: Boleh membantu merawat masalah kulit seperti jerawat dan keradangan.
  • Sumber Antioksidan: Mengandungi antioksidan yang melindungi sel badan daripada kerosakan radikal bebas.

Selamat mencuba resipi Yogurt Homemade ini.

Sumber: TikTok Mohamad Ridhuan

Baca juga: Cara Buat Kicap Homemade Guna Air Rebusan Ini, Lebih SIHAT Dari Kicap Komersial

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN