Kek marble jelita merupakan salah satu kek yang cukup popular dalam kalangan mak-mak yang suka membuat kek.
Bukan saja rupanya yang cantik, rasa kek marble ini juga semestinya sedap. Selain itu, bahan-bahan dan cara penyediaannya juga cukup mudah.
Rupanya ada satu rahsia nak pastikan kek ini sedap, letakkan sedikit serbuk horlick yang kita minum itu. Kek akan menajdi lebih lemak berkrim.
Kalau ada yang ingin mencubanya, ikut sahaja resipi hasil perkongsian oleh Cek Yah di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Kek Chiffon Pandan Yang Gebu Gebas, Lembut Macam Kapas!
RESEPI KEK MARBLE JELITA
Bahan-bahan A:
- 6 biji telur
- 220 gm tepung gandum
- 1 sk serbuk penaik
- 170 gm gula kastor
- 50 ml susu segar
- 3 sb susu pekat
- 3 sb horlick
- 1 sb ovalette
- 1 sk esen vanilla
Bahan-bahan B:
- 150 gm butter (cairkan)
Cara-cara:
1. Laping loyang bersaiz 8×8 dengan kertas minyak/baking paper.
2. Sebelum kita mula, ayak tepung bersama serbuk penaik terlebih dahulu. Ketepikan.
3. Cairkan butter di dalam periuk menggunakan api sederhana. Tutup api apabila semua butter sudah cair. Butter haruslah suam ketika dituang ke dalam adunan kek nanti. Ketepikan dahulu.
4. Ambil satu mangkuk besar, satukan telur, gula kastor, ovalette, esen vanilla, susu pekat, susu segar dan horlicks (ini bahan rahsia wajib letak). Putarkan sehingga sebati.
5. Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang sudah diayak tadi.
6. Putarkan menggunakan kelajuan perlahan dahulu. Bila tepung sudah sebati, naikkan kelajuan. Kikis bahagian tepi yang tidak rata menggunakan spatula.
Sambung putar lagi sehingga adunan kembang. Anggaran masa putar selama 10 hingga 15 minit (wajib), sehingga adunan menjadi 3x ganda dari adunan asal.
7. Masukkan butter yang sudah dicairkan tadi. Pastikan butter sudah suam. Putar lagi sehingga sebati selama 1 hingga 2 minit sahaja.
8. Ambil sedikit adunan dan bahagikan kepada 3 bahagian untuk mendeko nanti. Letak pewarna mengikut citarasa masing-masing.
9. Masukkan semua 3 warna tersebut ke dalam piping bag, supaya lebih mudah untuk mendeko nanti.
10. Tuangkan baki adunan kek tadi ke dalam loyang, ratakan. Kemudia boleh mula mendeko mengikut kreativiti anda.
11. Bakar di dalam oven pada suhu 150°C selama 60 minit. Selepas 60 minit, tukar suhu kepada 160°C dan sambung bakar selama 15 minit. Boleh ubah suhu dan masa mengikut kesesuaian oven masing-masing.
12. Nak bagi permukaan anda cantik ada tekstur ‘kotak-kotak’, terbalikkan kek ke atas jaring besi. Jangan lupa tanggalkan baking paper.
13. Tukar arah jalur untuk dapat kesan ‘kotak-kotak’. Trim bahagian tepi supaya kek kelihatan lebih kemas.
14. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Cek Yah
Baca juga: Cara Buat Kek Carrot Tanpa Guna Penimbang, Tapi Gerenti Jadi!