Gulai nasi berlauk Kelantan ini adalah gulai yang biasa dimasak untuk jualan nasi berlauk. Seperti yang kita ketahui, sarapan pagi di Kelantan biasanya nasi berlauk, nasi kerabu atau nasi dagang.
Nasi berlauk selalunya menggunakan ikan rebus, ada juga yang guna lauk gulai daging dan gulai ayam. Ikan rebus ini pula ada pelbagai jenis ikan antaranya ialah ikan kembung rebus, ikan tongkol rebus dan ada juga ikan selar kuning rebus.
Jadi, jika ada yang teringin nak makan gulai nasi berlauk Kelantan ini tetapi jauh nun di pantai timur, apa kata kita cuba masak sendiri di rumah menggunakan resipi di bawah.
Baca juga: Sambal Pauh Kelantan, Cara Orang Lama Yang Terangkat & Kecur Air Liur!
GULAI NASI BERLAUK KELANTAN
Bahan-bahan:
- 10 keping ikan tongkol
- 2 asam keping
- 5 biji telur rebus
- 250ml santan kotak kecil
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
Bahan kisar:
- 1 biji bawang besar
- 1 sudu makan serbuk kunyit @ kunyit hidup
- 5 ulas bawang putih
- 10 biji cili padi hijau
- 5 tangkai cili kering
- 1.5 sm lengkuas – dihiris dulu baru dikisar
Bahan lain:
- 10 biji cili api merah dan hijau untuk masuk terus dalam kuah
- Timun – hiris tebal
- Satu ikat kecil kacang panjang – dipotong dan diasing
Cara memasak:
1. Kisarkan bahan-bahan untuk dikisar. Ketepikan.
2. Rebus ikan tongkol, letak air paras ikan saja kerana nanti air ikan akan keluar. Masukkan juga asam keping dan garam, masak hingga air tinggal separuh.
3. Santan, cili api merah dan hijau, kacang panjang dan timun celur asing, masukkan akhir sekali bila gulai dah masak.
4. Masukkan santan dan bahan kisar di dalam periuk, masak dengan api sederhana hingga pecah minyak. Sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.
5. Bila kuah dah menggelegak, masukkkan ikan bersama air rebusan ikan tadi. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Masukkan kacang panjang, timun dan cili api, tunggu seketika boleh tutup api. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Rose Mawar Merah
Baca juga: Resipi Laksa Kuah Lemak Putih Kelantan, Jom Cuba Masak Kalau ‘Mengidam’