perah santan

Tak ramai daripada kita yang tahu cara buat sendiri santan segar dan kaedah perah santan supaya lebih pekat.

Santan segar yang diperah segar setiap hari jauh lebih sedap berbanding santan kotak atau serbuk santan. Barulah masakan lebih enak dan berlemak.

Jadi, mari kita ikuti tips yang dikongsikan oleh Norsyahida Al-Hashimy di bawah ini.

Baca juga: Cara Betul Simpan Lebihan Lauk Bersantan, Baru Tahan Lama & Tak Basi

KAEDAH PERAH SANTAN SUPAYA LEBIH BANYAK & PEKAT

Mungkin ada yang dah tahu tips ni dan biasa buat. Mungkin ada yang belum tahu.

Kepada yang biasa guna santan kotak dilarang keras untuk ikut tips ni.

Untuk akak-akak atau mak-mak yang suka masak guna santan asli dari isi kelapa parut (orang utagha panggil kukoq nyoq).

Sebelum perah isi kelapa yang dah parut tu boleh blend dulu dengan air suam. Air jangan terlalu banyak nanti santan tak berapa pekat.

Kemudian tuang ke dalam penapis macam biasa dan hampas kelapa tu masukkan balik ke dalam blender. Kemudian ulang langkah yang sama sampai dapat jumlah santan yg nak. InshaAllah, santan akan jadi lebih pekat.

Cara ni mak saya ajar masa mula-bula saya belajar masak zaman remaja dulu. Alhamdulillah, sampai sekarang anak dah sorang masih ikut cara ni. Selamat mencuba.

Kredit petua dan gamabar: Nursyahida Al-Hashimy, Afy Al Habibi

Baca juga: Santan Kotak Jadi Berketul & Tak Cantik? Ikut 2 Langkah Ini ‘Confirm’ Santan Jadi Elok Semula

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN