resepi mee

Penggemar masakan Cina wajib cuba resepi mee sos daging cincang ini. Nama sebenar menu ini adalah Zha Jiang Mian atau Chinese Noodle Meat Sauce.

Rupa hidangan ini seakan sama dengan hidangan popular Korea iaitu  Jjajangmyeon (Korean Black Bean Noodle). Yang membezakannya adalah dari segi sos yang digunakan.

Kalau ada yang tertanya-tanya bagaimana rasa masakan ini, jom kita cuba buat di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh Zurina Zulkefli di bawah.

Baca juga: Resipi Mapo Tofu, Tauhu Berkuah Pedas Stail Masakan Cina

RESEPI MEE SOS DAGING CINCANG ‘CHINESE STYLE’

Bahan-bahan:

  • Pasta fettuccine
  • Daun bawang (hiris)
  • Bawang putih (cincang)
  • Daging lembu kisar
  • Lada sinchuan (ditumbuk)
  • Tepung jagung
  • Garam
  • Timun (hiris nipis)
  • Lobak merah (hiris nipis)

Bahan-bahan sos hitam:

  • 4 sudu besar kicap pekat (dark soy sauce)
  • 4 sudu besar kicap cair (light soy sauce)
  • 3 sudu besar taucu masin (chili bean sauce)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • Sesudu serbuk lada sulah (white pepper)
  • 3 sudu cuka hitam (black vinegar)

Cara-cara:

1. Panaskan minyak masak, tumiskan hirisan daun bawang dan bawang putih yang sudah dicincang.

2. Masukkan daging lembu kisar dan kacau sehingga masak.

3. Masukkan lada sinchuan yg telah ditumbuk hancur.

4. Tuangkan semua bahan-bahan sos hitam di atas. Kacau rata.

5. Campurkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Boleh tambahkan garam sesuai selera.

resepi mee

6. Siap kuah daging pekat likat. Sekiranya kuah agak kering, boleh tambahkan air untuk cairkan kuah.

resepi mee

7. Tuang kuah ke atas mi, kemudian boleh letakkan hirisan timun dan lobak merah untuk kerangupan.

resepi mee

8. Gaul sebati dan boleh dimakan. Sedap juga dimakan bersama chili oil. Selamat mencuba!

resepi mee

Kredit resipi dan gambar: Zurina Zulkefli

Baca juga: Resipi Ayam Halia & Daun Bawang, Masakan Cina Yang Ringkas & Sihat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN