kentang kerinting

Jom kita buat sendiri Kentang Kerinting Goreng atau curly fries di rumah. Memang mudah je membuatnya.  Bila ke restoran makanan segera, salah satu menu paling wajib kita beli ialah kentang goreng, betul tak?

Kentang goreng atau selalu disebut french fries ni banyak dijual di restoran. Nikmatnya makan kentang ni ketika waktu ia panas-panas lagi.

Baca juga: Keropok Kentang Buat Sendiri Dekat Rumah, Lagi Puas Hati Ada Stok Banyak

Orang pernah kata, kenapa nak susah-susah beli kalau benda boleh buat sendiri? Korang pernah cuba buat kentang goreng kat dapur sendiri?

Kalau belum, jom cuba resipi Kentang Kerinting Goreng yang dikongsikan oleh Cik Puan Eika Atieka ini. 


RESIPI KENTANG KERINTING GORENG

kentang kerinting goreng

Bahan-bahan:

  • 4 biji kentang – potong empat
  • 1sk garam
  • 1 telur ayam
  • 1/2 cawan susu cair(boleh kurangkan kalau tak nk cair)
  • 2sb tepung jagung

Cara-cara penyediaan:

1. Rebus kentang sampai menjadi empuk. Tos masukkan ke dalam mangkuk /besen untuk dilenyekkan. 

2.Selepas itu masukkan ke semua bahan bahan tadi. Gaul sampai sebati dgn kentang.

3. Sudah siap boleh lah senduk masukkan dalam plastik piping bag. 

4.Panaskan minyak pipingkan bulat bulat ke dalam kuali. Goreng hingga warna emas keperang-perangan. 

5. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dihidang.

Nota tambahan: Sebelum alih pastikan kentang betul betul garing kerana risaupatah dan tak menjadi.


Selamat mencuba resipi Kentang Kerinting Goreng ini. 

Baca juga: Bebola Kentang Keju Mozarella, Hanya Guna 7 Bahan Ini Je, Anak-anak Tentu Suka!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN