tip rebus kacang kuda

Rupa-rupanya, ada tip rebus kacang kuda untuk bagi ia empuk dan lembut seperti beli di pasar malam. Memang menjadi guna cara ini.

Bukan apa, jika salah teknik rebus kacang kuda ni, ia lambat masak, keras dan tak empuk. Malah jika terlebih rebus, ia boleh ‘benyek’ dan hancur pula. Membazir pula bila dan banyak rebus nanti.

Baca juga: Tip Simpan Daun Kari Dalam Botol, Tahan Lama Walaupun Dikeringkan

Tapi bab merebusnya memang tidak dinafikan memakan masa yang lama, berjam-jam. Itu yang kadang-kala terbantut niat nak merebus dan kita sanggup tunggu untuk beli di pasar malam sahaja.

Tapi tahukah anda, sebenarnya ada cara mudah dan cepat hendak rebus kacang kuda ini. Ikuti tips dari perkongsian Cik Puan Siti Othman ini.


TIP REBUS KACANG KUDA BAGI EMPUK DAN LEMBUT

tip rebus kacang kuda

Bahan-bahan:

Cara-caranya: 

1. Tip nak kacang empuk elok, rendamkan kacang tersebut semalaman.

2. Selepas sudah direndam semalaman, rebus guna periuk nasi dan letak air sampai tenggelam kacang.

3. Apabila automatik dah terjentik , cepat-cepat tutup suis… Jangan diusik kacang itu atau buka tutup periuk.

4. Biar kacang terus masak dalam haba. Nanti elok je kejadian.

5. Renggangkan sedikit penutup untuk mengelakkan air didihan keluar. Bila separuh jalan baru tutup rapat. 

6. Bila telah mendidih masukkan garam gula dan serbuk kunyit.

7. Masak hingga kacang empuk. Bila kacang telah empuk boleh tutup suis periuk.

8. Angkat periuk dan tuang kacang ke dalam tapisan. Sedia untuk dinikmati.

tip rebus kacang kuda


Selamat mencuba tip merebus kacang kuda ini.

Baca juga: Tip Pilih Durian BANYAK Isi, Baru Rasa Berbaloi Nak Beli!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN