Waktu petang biasanya pasti akan teringin nak makan makanan bergoreng yang rangup seperti keledek goreng, pisang goreng atau keropok lekor.
Jika beli di gerai jalanan dalam kuantiti yang banyak, harganya boleh tahan mahal juga. Bila beli sikit, tak puas makan pula.
Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri ubi keledek goreng di rumah. Ikut saja resipi perkongsian oleh Aiza Sheeren, dijamin sedap dan rangup macam beli di gerai.
Baca juga: Resipi Cekodok Pisang Bulat-Bulat, Ini Rahsia Kalau Nak Cantik Kejadiannya
RESEPI KELEDEK GORENG RANGUP
Bahan-bahan:
- Ubi keledek
Bahan-bahan bancuhan tepung:
- Tepung gandum
- Garam
- Planta
- Minyak
- Garam
- Serbuk kunyit
- Air suam
Cara-cara:
1. Potong ubi keledek secara memanjang seperti dalam gambar. Cuci sehingga bersih.
2. Untuk salutan tepungnya pula, satukan semua bahan-bahan untuk bancuhan tepung. Boleh tambahkan juga gula jika suka.
2. Pastikan bancuhan tidak cair dan tidak terlalu pekat. Kemudian masukkan ubi keledek yang sudah dipotong tadi.
3. Gaul rata sehingga ubi keledek bersalut rata dengan bancuhan tepung. Goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
4. Bila ubi dah masak dan garing elok, toskan dan sedia untuk dihidangkan. Sedap dicicah dengan sambal kicap!
Kredit resipi dan gambar: Aiza Shereen
Baca juga: Kerepek Pisang Mudah Guna 3 Bahan. Cukup Rasa Lemak, Masin & Rangup