Mencari resipi yang unik untuk dimasak? Ibu-ibu boleh cuba resipi ayam ayam goreng cili kering yang mudah dan sedap ini.
Mempunyai gabungan rasa pedas dan masam, pasti dapat memikat selera suami dan anak-anak.
Jika anda sekeluarga sukakan lauk seperti di restoran Cina Muslim, bolehlah cuba resipi menarik ini.
Baca juga: Resipi Mi Ayam Indonesia, Tak Perlu Terbang Jauh Kalau Mengidam
RESEPI AYAM GORENG CILI KERING
Bahan-bahan:
- Bawang merah – mayang dan potong besar (2 versi)
- Bawang putih – mayang
- Lada besar 1 biji – mayang
- Cili padi 3 biji – mayang
- Cili kering 10 tangkai – potong kecik kecik
- Daun kari
- Sos cili, sos tomato dan sos tiram
- Paste asam jawa
- Tepung gandum
- Telur
Cara-cara:
1) Bersihkan ayam dan potong kecil. Potong besar jika suka.
2) Kemudian basuhkan ayam dengan air garam. Selepas itu, celup dalam telur dan tepung. Goreng sehingga masak.
3) Bila ayam sudah masak, toskan minyak ayam dan ketepikan.
4) Tumis cili kering dan daun kari sampai garing.
5) Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada besar.
6) Letak semua sos secukupnya mengikut pada kuantiti ayam.
7) Masukkan sedikit air dan biarkan sehingga sedikit pekat. Masukkan paste asam jawa dan gula serta garam secukup rasa.
8) Masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul rata.
9) Bila semuanya dah sebati, biarkan sekejap dan siap! Sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi dan gambar: Fatin Pauzi
Baca juga: Resipi Sambal Ayam Geprek Asli Dari Jogjakarta, Letak Minyak Panas Je Tak Perlu Masak