cara buat cekodok pisang

Dah ramai pandai buat cekodok pisang kan? Tapi tak ramai yang tahu rahsia cara buat cekodok pisang yang bulat elok.

Rupanya ada rahsianya untuk hasilkan bentuk cekodok pisang bulat-bulat comel macam ini.

Jom ikuti perkongsian oleh Puan Norlela Abdul sahak yang berkongsikan caranya di bawah. Jom kita cuba nanti ya!

Baca juga: Cara Buat Rempeyek Yang Rangup, Resipi Mudah Guna Sukatan Cawan

CARA BUAT CEKODOK PISANG BULAT-BULAT

Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 kg pisang masak ranum*
  • 3 cawan gula*(boleh kurangkan)
  • 2 sb soda bikarbonat
  • 1 sb garam*
  • Air secukupnya.
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Masukkan soda dalam tepung dan gaul rata, ketepikan.

2. Kisar bahan yang bertanda bintang (*).

3. Kemudian masukkan bahan blend tadi ke dalam tepung dan gaul sebati. Bancuhan macam buat cokodok biasa.

4. Pastikan adunan jangan terlalu cair.

5. Masak dalam minyak yang betul-betul panas. Guna jari saja untuk jemput bancuhan ke dalam kuali.  Goreng dengan menggunakan api yang sederhana.

6. Masak sehingga cekdok menjadi keperangan. Angkat dan toskan. Sedia untuk dimakan.

cara buat cekodok pisang

Kredit resipi dan gambar: Norlela Abdul Lahak

Baca juga: Cara Buat Apam Nasi Pandan Guna Sukatan Cawan, Gebu Gebas!

Baca juga: Petua Buat Kuih Pau Yang Gebu & Tak Berkedut, Lembut Macam Bantal!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN