dumpling goreng

Jom buat dumpling goreng guna air fryer, memang jimat minyak tapi masih dapat result rangup yang sama!

Kalau ada isi ayam lebih dalam peti sejuk beku sebab tak tahu nak buat apakan?  Memang sesuai buat inti dumpling goreng. 

Bila layan mukbang di Youtube, tengok makan dumpling. Seronok betul tengok mereka makan, nikmat lain macam sangat. Kita memang tergoda dan terliur lihat mereka makan.

Baca juga: Buat Dumpling Guna Daging Kisar Ramly Je, Cicah Dengan Chili Oil Sedap Gila!

Tapi serius dumpling sedap dimakan panas-panas, sama ada dicicah sos atau makan dengan sup. Nikmat sangat!

Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Mellisa Mullen di laman Facebook ini. Perkongsian beliau memang menarik dan senang untuk dicuba.


RESIPI DUMPLING GORENG GUNA AIR FRYER

dumpling goreng

Bahan:

  • Kulit dumpling readymade (30pcs)

Bahan inti:

  • 1 mangkuk kecil ayam cincang
  • 1 ikat chives ( potong kecil)
  • 1 biji telur
  • 2 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 3 biji cendawan shiitake (potong dadu)
  • 1sk secukup rasa
  • 1 sk serbuk lada

Cara penyediaan:

1. Tumiskan bahan inti sampai masak. Biarkan sejuk kira-kira 10 hingga 15 minit.

2. Masukkan 1 sudu inti tersebut di tengah kulit dumpling dan sapu sedikit air di sekeliling kulit.

3. Lipat seperti karipap atau kepit guna tangan.

4. Bakar dumpling dalam air fryer dengan suhu 200 Celcius kira-kira 5 minit. Siap!


Selamat mencuba di rumah.

Baca juga: Ayam Rebus Chilli Oil Cara Mudah, Makan Dengan Kuey Tiaw Sup Memang Onz!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN