sosej tongmo

Sosej Tongmo ini adalah sejenis sosej yang berasal dari negara Kemboja.

Dengan ukur lilit yang biasanya 8 sentimeter dan 13 sentimeter panjang, sosej ini adalah daging cincang yang diperap dan kemudian disumbat ke dalam usus lembu nipis sebelum dibakar.

Baca juga: Sosej Ayam Homemade, Tambah Sayur Ini, Lebih Sihat Anak-anak Makan!

Makanan tradisional masyarakat Melayu Champa ini sedap dimakan panas-panas kerana ketika itu korang akan merasai jus dan tekstur dagingnya yang lembut serta berlemak, setanding sosej jenama antarabangsa.

Ikuti resipi homemade sosej tongmo ini dari perkongsian Cik Puan Liza Ariffin di laman Facebook ini. Memang ketagih nak makan lagi dan lagi lepas pandai buat sosej ini.


RESIPI SOSEJ TONGMO

Bahan-bahan:

  • 2 kilo daging –  80% daging, 20% lemak
  • Secawan lengkuas*
  • 2 labu bawang putih*
  • Daun limau purut segenggam*
  • Halia seinci*
  • Cili kering 10 biji*
  • Gula kabung 2 ketul*
  • Serbuk lada hitam sesudu teh
  • Chili powder 2 sudu besar
  • Pekatan lemon-limau sesudu besar 
  • Namphla atau sos ikan 3 sudu makan
  • Garam 2 sudu besar

Nota: kisar halus semua bahan yang bertanda * 

Bahan lain: 

Nasi semangkuk kecil
Serbuk perasa
Dry Sausage Casings. (Saya guna sausage casings yang saya beli dari China. Soy-based collagen casings, halal. Kalau taknak boleh guna usus muda lembu atau kambing)

Cara-cara membuat:

1. Daging dicincang atau di proses menggunakan food processor. Saya cincang je sebab saya suka kasar-kasar sikit isi sosej.

2. Campurkan semua bahan: daging, bahan tumbuk, nasi dan lain2 (kecuali casings). Gaul rata. Perap dalam 1/2 jam dalam peti sejuk.

3. Sediakan corong untuk masukkan daging ke casings. Saya guna corong minyak yang saya potong sikit muncungnya supaya muat-ngam ke mulut casings. Casings tak perlu direndam dulu atau apa2, boleh terus guna.

4. Perlahan-lahan masukkan daging ke dalam sosej casing dan ikat guna cotton twine. Cucuk sosej dengan toothpick utk keluarkan air-bubbles. 

5. Dah siap diikat2 kalau cuaca baik boleh lah jemur sosej di bawah panas matahari dalam sehari dua, hingga agak kering.

6. Kemudian boleh digoreng atau dibakar macam sate.

7. Kalau cuaca jerebu, boleh keringkan Tongmo dalam oven selama 5 jam dengan suhu 90 celcius.


Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Baca juga: Ini ‘Tricks’ Tak Nak Bagi Sosej Kecut & Berkedut Masa Menggoreng

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN