ayam masak ungkep

Jom buat ayam masak ungkep. Hidangan ini antara yang popular bagi masyarakat Jawa tau. Memang sedap sangat!

Ayam masak ungkep ialah sejenis hidangan ayam yang disediakan dengan cara diungkep atau digoreng sehingga empuk dan berempah. Bahan utama ayam ungkep ini adalah menggunakan cili padi dan sememangnya sedap jika dimakan dengan nasi yang panas.

Baca juga: Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis, Simple Sangat Cara Buatnya!

Proses ungkep melibatkan merendam ayam dalam campuran rempah-rempah dan bahan lain, lalu dimasak dalam kuali tertutup sehingga ayam benar-benar empuk dan rempah meresap ke dalam daging ayam. 

Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Noor Baini Ali ini yang mendapat lebih dari 3.3k shares di laman Facebook tau! Memang ada penggemarnya hidangan masyarakat Jawa ini.


RESIPI AYAM MASAK UNGKEP

ayam masak ungkep

Bahan-bahan: 

  • Ayam 1/2 ekor
  • Serai 2 Batang – Titik
  • 3 ulas bawang merah – tumbuk
  • 3 ulas bawang putih – tumbuk
  • Kunyit Hidup (Besar Ibu Jari) – tumbuk
  • Cili padi (Ikut Nak Letak Berapa) – tumbuk
  • Ketumbar Peket Kecik – rendam dulu kemudian tumbuk 
  • Kunyit Serbuk 1 Sudu 
  • Asam Jawa 1 Sudu Makan
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan serai hingga naik bau.

2. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata.

3. Tutup Periuk hingga ayam masak.

4. Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan kuah memekat. Perasakan dengan garam secukup rasa.

5. Dah pekat, boleh tutup api dan tuang dalam pinggan lauk. Sedia untuk dihidang.

ayam masak ungkep


Selamat mencuba!

Baca juga: Kambing Khadai, Kari Style Pakistan, Cicah Naan Dan Capati Memang Terangkat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN