“Terliur tengok air vanilla blue ni, bestnya kalau dapat minum untuk berbuka…”
Bila masuk saja bulan Ramadan, memang tak sah kalau tak cari air balang di Bazar Ramadan. Namun begitu, pasti ada hari kita terasa ‘malas’ ke Bazar semata mahu membeli air kan?
Jadi apa kata jom kita cuba buat resepi air vanilla blue aiskrim vanilla yang sama macam air balang. Tak perlu beli dah!
Bahan-bahan yang digunakan juga tidak susah untuk dicari, boleh dapati di mana-mana kedai runcit atau pasar raya dengan mudah.
Ikut saja resipi yang telah dikongsikan oleh Nordiana Ab Kadil di bawah.
Baca juga: 4 Idea Resipi Air Berbuka, Menu Macam Di Kafe Hipster Tapi Guna Bahan Mudah
RESIPI AIR VANILLA BLUE
Bahan-bahan:
- 3 cawan air masak
- 5 esen vanila (saya guna penutup botol esen)
- Setengah tin susu pekat saji
- Satu tin susu sejat cair saji
- 1 pewarna biru (guna penutup pewarna)
- Ais secukupnya
- Aiskrim vanila
Cara-cara:
1. Satukan air masak bersama esen vanilla, susu pekat, susu cair dan pewarna biru.
2. Kacau rata sehingga semuanya sebati. Kemudian masukkan ke dalam jag.
3. Masukkan ais secukupnya. Kacau sebati.
4. Kemudian letakkan aiskrim perisa vanilla di atas air. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nordiana Ab Kadil
Baca juga: Fuhh Segar Tekak Minum Air Strawberry Lemon Tea, Sihat Tanpa Gula!