ayam bakar mayonis

Dah lama tak buat ayam bakar, jom buat Ayam Bakar Mayonis. Tinggal perap lepastu bakar je dalam oven atau air fryer. Mudah dan ringkas.

Asyik menggoreng ayam je, kita buat bakar-bakar je. Memang semerbak bau kalau bakar dekat dapur.

Baca juga: Ayam Bakar Blackpepper Ala Dave’s Deli, Keluarga ‘Sure’ Makan Bertambah Punya!

Resipi dari Cik Puan Dani J Tang ini memang nampak menyelerakan betul. Cara penyediaan dan bahan-bahannya pun memang simple.

Ada pula kentang yang disadur dengan mentega, cili flakes dan serbuk oregano. Memang bertambahlah sedapnya itu. Anak-anak pun mesti laju je nak meratah ayah sampai menjilat jari.

Jom kita tengok cara-caranya.


RESIPI AYAM BAKAR MAYONIS

ayam bakar mayonis

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam – cuci bersih dan toskan

Bahan A: Tumbuk Halus

  • 1 biji bawang merah besar
  • 4 ulas bawang putih

Bahan B: 

  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos tiram
  • Madu
  • Chili flakse
  • 3 sudu mayonis
  • Garam
  • Minyak bijan

Bahan sampingan:

  • Ubi kentang
  • Mentega
  • Chilli flakes
  • Oregano

Cara-cara memasak:

1. Sediakan bekas. Campurkan bahan A dan bahan B. Gaul rata. Kemudian, perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit. Semalaman pun elok.

2. Bakar ayam dalam oven pada suhu 200C guna api atas bawah selama 20 minit. Kemudian, turunkan suhu kepada 180C dan bakar sehingga masak.

3. Untuk kentang, kupaskan ia kemudian potong dan rebus.

4. Bila sudah empuk kentangnya, toskan dan ambil sedikit mentega, chili flakes dan oregano. Gaul rata. Gaul secara berhati-hati untuk elak kentangnya hancur.

5. Hidangkan ayam bakar bersama kentang yang sudah digaulkan tadi.

6. Siap untuk dihidang!


NOTA:

  • Suhu dan masa memasak mungkin berbeza. Pastikan anda kenal suhu oven masing-masing supaya ayam tidak hangus.
  • Nak guna Air Fryer pun tidak ada masalah, boleh pastikan untuk guna suhu yang bersesuaian supaya ayam bakar kekal masak dan juicy. 

Selamat mencuba!

Baca juga: Ayam Bakar Thai Ala Resipi Khairul Aming, Cicah Dengan Sos Pedas Padu Gais!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN