ayam masak sambal hijau

Tak tahu nak masak apa hari ini? Pernah tak cuba resipi Ayam Masak Sambal Hijau? Masakan ala Padang yang padu pedasnya. Selain dimasak dengan ayam, resipi ini juga boleh dihidang dengan lauk lain seperti daging dan juga seafood.

Ayam yang akan dimasak dengan sambal hijau ini akan digoreng garing terlebih dahulu menggunakan serbuk kunyit dan juga garam. Cara penyediaan resipi ini juga sedikit berbeza dengan lauk tumis yang lain.

Baca juga: Ayam Rebus Chilli Oil Cara Mudah, Makan Dengan Kuey Tiaw Sup Memang Onz! 

Kebiasaannya bahan tumisan akan dikisar terlebih dahulu sebelum ditumis. Tapi untuk resepi ayam goreng cabe ijo ini pula, kita perlulah menumis dahulu Bahan tumis sebelum dikisar kasar. Di situlah kelainan dalam hidangan ini.

Apabila bahan tumis layu dimasak, ia akan dimasukkan ke dalam pengisar. Dikisar kasar barulah dimasak semua sehingga pecah minyak. Menu ini juga menggunakan serbuk belacan untuk menaikkan lagi rasa masakan.

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita ikuti perkongsian resipi dari Cik Puan Nurul Ateekah. Confirm terangkat dibuatnya. Syok giler layan lauk ni dengan nasi putih panas-panas.


RESIPI AYAM MASAK SAMBAL HIJAU 

ayam masak sambal hijau

Bahan-bahan: 

  • Ayam (9 ketul)
  • 4 batang Cili hijau
  • 12 batang Cili padi hijau
  • 1 biji Bawang besar
  • 5 ulas Bawang putih
  • 1 biji Tomato (dibelah 4)
  • Daun limau purut
  • 1 sudu kecil Serbuk belacan

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak. Lumurkan ayam dengan sedikit kunyit dan juga garam. Goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang besar, cili padi hijau, cili hijau dan tomato. Masak sehingga sedikit layu.

3. Setelah itu kisar kasar bahan-bahan yang telah ditumis tadi.

4. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi kedalam kuali. Masukkan juga daun limau purut. Masak sehingga pecah minyak dan sedikit kering.

5. Kemudian, masukkan serbuk belacan dan serbuk perasa. Gaul rata masakan.

6. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaulkan kesemuanya sehingga rata.

7. Angkat dan siap untuk dihidang!


Mudahkan resipi ni! Campak-campak dah siap! Memang padu sangat rasa ayam masak sambal hijau ini.

Mana tak nya, banyak juga cili yang digunakan. Cili yang dimasak dulu dan kemudiannya dikisar memang pedasnya lain macam tau.

Selamat mencuba!

Baca juga: Ayam Masak Lemak Cili Api Cara Negeri Sembilan, Tak Payah Letak Bawang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN