lala masak kam heong

Pelbagai resepi lala yang kita boleh cuba, salah satunya adalah resipi lala masak kam heong yang sedap dan mudah untuk disediakan.

Pastikan anda menggunakan lala yang segar kerana ia akan mengeluarkan rasa manis dan seterusnya menghasilkan masakan yang enak.

Lala tidak perlu dimasak terlalu lama kerana akan menyebabkan isinya liat. Sebab itu lala perlu dimasukkan pada langkah yang terakhir.

Jom kita cuba resipi yang telah dikongsikan oleh Saudari Warong Wak Misai di bawah.

Baca juga: Petua Cuci Kerang & Lala Supaya Mudah Terbuka, Hilang Segala Pasir & Selut

Resipi Lala Masak Kam Heong

Bahan-bahan:

  • Bawang besar – dicincang
  • Bawang putih – dicincang
  • Halia – hiris memanjang
  • Cili padi 3 atau 4 biji – dihiris
  • Daun kari
  • Lala 1/2 kg

Bahan-bahan pes:

  • Serbuk kari 1 ½ sudu besar
  • Sos cili 2 sudu besar
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Kicap ABC 2 sudu besar
  • Kicap manis 2 sudu besar
  • Gula 1/2 sudu kecil (optional)

Cara-cara memasak:

1. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi yang sudah dihiris. Kemudian masukkan daun kari.

2. Bancuhkan serbuk kari, sos cili, sos tiram, kicap ABC, kicap manis dan gula. Gaul rata sehingga menjadi pes.

3. Masukkan bancuhan pes ke dalam kuali. Gaul rata.

4. Kemudian masukkan lala serta tuangkan sedikit air, jangan banyak kerana lala akan mengeluarkan airnya sendiri juga.

5. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

lala masak kam heong

Kredit resipi dan gambar: Warong Wak Misai

Baca juga: Jom Cuba Resipi Lala Masak Serai Untuk Berbuka, Satu Keluarga Makan Berselera!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN