minyak bawang putih

Jom buat Minyak Bawang putih untuk legakan batuk dan selesema. Nak pula tengah musim demam, lepas tu dah nak masuk bulan Ramadan lagi, tak tenang nak beribadat kalau badan tengah tak sihat.

Macam yang semua tahu, bawang putih memang kaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan serta mempunyai banyak manfaat dari sudut kesihatan.

Baca juga: Doktor Ini Kongsikan 9 Petua Hilangkan Batuk Dan Sakit Tekak 

Bukan itu sahaja, ia juga dapat membersihkan tubuh badan dari racun dan bantu menyelesaikan segala jenis penyakit yang dihidapi. 

Menerusi perkongsian petua dan cara buat dari Cik Puan Umie Zulaiqah, beliau telah berkongsi bahan-bahan yang digunakan untuk membuat minyak bawang putih ini sebagai salah satu ikhtiar untuk melegakan badan.

Boleh juga digunakan kepada kanak-kanak dan bayi usia sebulan. Mari ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah.


CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH

minyak bawang putih

Gambar sekadar hiasan

Sekadar perkongsian bagi yang belum tahu. Saya dah gunakan petua minyak bawang bawang putih ini selama 4 tahun. 

Minyak bawang putih ini boleh membantu melegakan selsema dan batuk. Boleh digunakan juga pada bayi dari usia sebulan sampailah kanak-kanak 4 tahun. Bagi yang belum cuba, jom pakat buat di rumah.

Bahan-bahan: 

Cara-caranya: 

1. Pertama sekali, ambil 1-2 ulas bawang putih. Buang kulitnya.

2. Seterusnya, bakar di atas dapur gas sampai agak hitam.

3. Lenyek bawang putih yang dah dibakar tadi dan masukkan ke dalam botol kosong yang bertutup. Tambahkan sedikit minyak. 

4. Siap untuk disapukan!

Nota: Buat yang pertama kali menggunakannya, pastikan cuba dalam kuantiti sedikit dulu untuk melihat keserasiannya lebih-lebih lagi pada bayi. Kalau nampak tiada kesan sampingan, barulah teruskan penggunaannya seperti biasa. Sesetengah bayi mungkin sensitif dan tak tahan.


Terima kasih kepada Cik Puan Umie Zulaiqah atau nama di Facebook dahulu dikenali sebagai Hanezfarjaz Zulaiqah yang sudi berkongsi petua yang berguna buat semua.

Bagi anda yang ingin berikhtiar cara lain, boleh juga gunakan petua ini. Semoga bermanfaat! 

Baca juga: 7 Makanan Yang Kurangkan Risiko Alzheimer Macam Filem Imaginur 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN