sandwich strawberry

Jika ibu masih tercari-cari menu untuk jamuan anak di sekolah, tak perlu pening kepala! Nak senang buat boleh buat Sandwich Strawberry dan Chocolate Peanut Butter yang menarik ini.

Tak perlu masak beli roti saja. Tapi pastikan guna roti butterscotch dan coklat kismis untuk dapat warna ini. Untuk filling boleh sapu dengan jem strawberi dan chocolate peanut butter.

Jom baca cara lengkap yang dikongsi oleh Syahirah Adnan di bawah.

Baca juga: Buat Sendiri Sandwich Chicken Crispy, Puas Hati Letak Isi Banyak

Sandwich Strawberry dan Chocolate Peanut Butter

Cara-caranya:

1. Beli 1 bungkus roti butterscotch dan 1 bungkus roti coklat kismis (2 bungkus roti ini boleh dapat satu box sandwich, ada lebih lagi roti butterscotch).

2. Sapu jem strawberi atau strawberi filling pada satu keping roti coklat.

3. Sapu chocolate peanut butter pada sekeping lagi roti coklat.

sandwich strawberry

4. Letak atau tindih roti butterscotch di bahagian tengah kemudian potong 4 bentuk X. Boleh buang tepi kulit roti. Siap!

sandwich strawberry

Selamat mencuba!

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN