sekaya telur

Kuih sekaya telur ini memang sedap, cuma susah nak jumpa orang jual terutamanya di Lembah Klang. Kalau ada pun hanya di bazar Ramadan ketika bulan puasa saja.

Kalau ada yang mengidam sangat nak makan kuih kegemaran orang pantai timur ni, apa kata kita cuba buat sendiri je. Jom lihat resipi di bawah.

Baca juga: Resipi Tepung Bungkus Lemak & Lembut, Kuih Tradisi Kegemaran Ramai Sepanjang Zaman

RESIPI SEKAYA TELUR

Bahan-bahan:

  • 10 biji telur gred b/c
  • 1 kerek nisan kerek​/1ketul gula melaka
  • ½ cawan gula
  • 1 ½ cawan santan pekat
  • Secubit garam
  • Sedikit esen vanilla

Cara-cara:

  1. Potong kecil nisan atau gula kerek, kemudian kisar. Campurkan santan dengan gula dan nisan sehingga larut.
  2. Masukkan telur, kacau sampai sebati (jangan dipukul, hanya kacau perlahan sampai sebati). Masukkan secubit garam dan esen vanilla.
  3. Tapis dan tuangkan ke dalam loyang.
  4. Kukus selama lebih kurang 25 hingga 30 minit sehinga masa. Cucuk lidi, kalau tak melekat tanda dah masak.
  5. Simpan sekejap di dalam epti ais kerana sekaya ini lagi sedap dimakan ketika sejuk.

Info: Jika guna santan korak (pilih kara), campurkan dengan sedikit air. Jadikan satu setengah cawan.

Selamat mencuba!

Kredit: Puan Norimah Rahman

Baca juga: Cara Buat Tepung Gomak Inti Kelapa Manis, Kuih ‘Legend’ Yang Masih Digemari Ramai

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN