Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan bahan-bahan yang mudah didapati. Tak perlu guna banyak telur pun, cukup 3 biji sahaja untuk menghasilkan puding karamel yang manis dan menyelerakan.
Kalau teringin nak makan puding karamel tetapi tak mahu buat dalam kuantiti yang banyak, resipi ini memang boleh dicuba. Gabungan susu cair, susu pekat dan telur menghasilkan adunan yang ringkas, manakala gula yang dicairkan menjadi lapisan karamel di bahagian bawah puding.
Untuk hasil yang lebih tinggi dan cantik, gunakan loyang kecil yang sesuai. Selepas dikukus, sejukkan puding di dalam peti ais sebelum dihidangkan. Teksturnya yang lembut dengan rasa manis karamel memang sesuai dinikmati ketika sejuk!
Baca juga: Resipi Puding Strawberi Coklat, Ada Dua ‘Filling’ Dalam Satu Puding Yang Buat Ramai Tertarik!
PUDING CARAMEL RESEPI GUNA 3 BIJI TELUR

Bahan-bahan:
- 2 sudu besar gula
- 1 cawan susu cair
- 1/4 tin susu pekat
- 3 biji telur gred B
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan gula ke dalam loyang dan panaskan sehingga cair menjadi karamel. Ratakan pada bahagian bawah loyang, kemudian biarkan sejuk.
- Masukkan susu cair, susu pekat, telur dan esen vanila ke dalam mangkuk.
- Kacau perlahan-lahan sehingga semua bahan sebati. Elakkan mengacau terlalu kuat supaya adunan tidak terlalu berbuih.
- Tapis adunan ke dalam loyang yang mengandungi karamel tadi.
- Jika terdapat buih atau keledak pada permukaan adunan, buangkannya tanpa menekan penapis.
- Tutup loyang menggunakan aluminium foil supaya air kukusan tidak menitis ke dalam adunan.
- Kukus selama 40 minit atau sehingga puding masak. Pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum loyang dimasukkan.
- Setelah masak, angkat dan biarkan puding sejuk pada suhu bilik sebelum disimpan di dalam peti ais.
- Apabila puding sudah sejuk, keluarkan daripada loyang dan terbalikkan ke atas pinggan supaya lapisan karamel berada di bahagian atas.
- Potong dan hidangkan puding karamel sejuk sebagai pencuci mulut untuk keluarga. Selamat mencuba!
Sumber: Nur Ain
Baca juga: Resipi Puding Pandan Gula Melaka Yang Manis Memikat, Buat Loyang Besar Pun Tak Cukup!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

