gulai lemak ikan kering

Ini dia resipi Gulai Lemak Ikan Kering gaya Kelantan. Lauk pauk dari negeri che siti wan kembang ni memang terkenal keenakannya di seluruh negara.

Lauk berlemak dengan rasa manis masam nenas dan ikan kering ni memang mudah saja nak membuatnya. Jom follow resipi dari Zat Hernani di bawah.

Cara Masak Gulai Lemak Ikan Kering Kelantan

Bahan-bahan:

  • 3-4 ekor ikan kering | dibasuh
  • Timun | dibelah kecil
  • 5-6 biji cili hijau
  • 1 -2 keping nanas | dipotong dadu
  • Santan secukupnya – ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang digunakan
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3-4 tangkai cili kering
  • 1 biji cili merah
  • 2-3 biji cili padi – jika nak rasa pedas
  • 2 inci kunyit segar
  • Sedikit lengkuas

Cara memasak:

  1. Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.
  2. Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/cili hijau dan timun.
  3. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin.
  4. Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah.
  5. Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api.
  6. Sedia untuk dinikmati.gulai lemak ikan kering

Kredit: Zat Hernani

Lagi resipi menarik:

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN