Bila lihat Mi Goreng Basah ni automatik teringat masa zaman kecil-kecil dulu.
Nostalgia sungguh bila teringat gerai yang jual mi tu, dibungkus dengan surat khabar dan makan masa panas-panas.
Mi Goreng Basah Nostalgia
Bila makan mi ni, rasa dia pasti akan mengimbau tahun 80an sewaktu zaman kanak-kanak.
Cara membuatnya juga cukup ringkas. Jom sama-sama cuba buat dengan menggunakan resipi yang dikongsi oleh Emee Sham di bawah.
“Sape suka mee goreng basah. Menu abang masak untuk malam ni. Mee goreng basah nostalgia. Kita boh ayam, teloq, tauhu, sawi, tauge serta cabai jeruk dan limau nipis.
Kemudian kita bungkus dengan paper, aroma diaaaaaa. Agak payah nak jumpa mee goreng camni sekarang. Mengimbau tahun 80an, senyum mak andeh kita..”
Resipi Mi Goreng Basah
Bahan-bahan:
- Sepeket mee kuning(lalukan dengan air paip)
- Isi ayam
- Air rebusan ayam
- Telur
- Sawi
- Tauge
- Bawang putih + bawang merah (Tumbuk halus)
- Cili kisar
- Sos tiram
- Sos cili
- Tauhu goreng yang dihiris
- Kicap lemak manis
Cara-cara:
- Panaskan sedikit minyak. Gorengkan 2 biji telur, hancurkan kasar. Angkat dan ketepikan.
- Tambah sedikit minyak lagi dalam kuali goreng telur tadi, tumiskan bawang. Kacau sehingga agak garing.
- Kemudian masukkan cili kisar dan kacau rata. Tumis sampai cili masak.
- Terus masukkan air rebusan ayam, biarkan mereneh seketika. Kepekatan kuah mengikut sukatan masing-masing.
- Letakkan kicap manis dan sedikit sahaja kicap masin. Biarkan mendidih.
- Masukkan tauhu dan telur. Akhir sekali masukkan mee. Kacau rata.
- Masukkan juga sawi dan taugeh. Kacau rata.
- Kacau kurang warna, tambahkan kicap lemak manis.
Selamat mencuba!
Kredit: Emee Sham