ubi kayu goreng

Petang-petang dapat makan Ubi Kayu Goreng memang mengasyikkan. Minum pula kopi ‘O’ panas, memang layan habis!

Ubi kayu selain direbus, sedap juga jika digoreng seperti ini. Tapi ada cara-caranya supaya ubi jadi lembut dan sangat empuk.

Kalau anda ada ubi kayu di rumah, bolehlah cuba buat untuk minum petang nanti ya. Jom sama-sama cuba resipi yang dikongsi oleh Samsinar Bustami di bawah.

Resipi Ubi Kayu Goreng Rangup

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Sedikit halia
  • Garam
  • Kunyit serbuk
  • Sedikit rempah kari
  • Tepung ayam goreng KFC

Cara-cara:

  1. Kisar bawang putih, bawang merah dan sedikit halia.
  2. Satukan bahan kisar bersama garam, kunyit dan sedikit rempah kari.
  3. Kemudian lumurkan pada ubi kayu yang sudah dipotong.
  4. Masukkan juga tepung ayam goreng KFC supaya rempah melekat pada ubi tadi.
  5. Gaul sebati dan sedia untuk digoreng dalam minyak yang panas.

Goreng sehingga garing dan keperangan seperti dalam gambar di bawah. Selamat mencuba!

ubi kayu goreng

Kredit: Samsinar Bustami

Baca juga: Resipi Bakwan Yang Mudah, Kena Ikut Teknik Ini Baru Lagi Super Rangup

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN