beza lodeh lontong

Apa beza lodeh dan lontong? Nampak macam sama, rupanya berbeza. Dua hidangan ini sering dihidangkan sebagai juadah utama di pagi Hari Raya.

Selain dari lemang, rendang dan juga ketupat, lontong dan lodeh juga menu yang wajib di Hari Raya. Tetapi mungkin ada yang masih lagi keliru apa perbezaan antara dua makanan yang berasal dari Negeri Sembilan ini.

Menerjah akaun Tiktok milik seorang guru Bahasa Melayu, Zackkirana, dia ada menjelaskan perbezaan antara lontong dan juga lodeh yang kerap kali rakyat Malaysia tersilap dan terlepas pandang.

LONTONG atau LODEH? Tak sama sebenarnya ya kawan-kawan. Siapa masak lodeh untuk rumah terbuka?” 

Menerusi video yang telah dikongsikan, rupa-rupanya lodeh itu adalah kuah yang bewarna kuning seakan-akan masak lemak cili api yang dimasak menggunakan santan sebagai bahan utamanya.

Manakala lontong pula adalah makanan menyerupai nasi himpit yang dibalut menggunakan daun pisang. Lontong juga merupakan makanan tradisi dari Indonesia yang juga terdapat di Malaysia selain nasi himpit.

Jom lihat video dari Zackkirana di bawah untuk tontonan semua.

@zackkirana27

LONTONG atau LODEH? Tak sama sebenarnya ya kawan-kawan. Siapa masak lodeh untuk rumah terbuka? Saya nak!!! #fyp #fypシ #cikguzackkirana #cikgubm #raya2022

♬ original sound – zack kirana – zack kirana

Sumber: @zackkirana27

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN