tart carbury

Biskut Tart Cadbury sentiasa menjadi pilihan ramai setiap kali Hari Raya Adilfitri. Ramai yang memilih untuk beli yang sudah siap dan tak kurang juga ramai yang membuat sendiri kuih raya.

Tapi pasti ramai yang kecewa setiap kali buat kuih ni, sebab warna ungu menjadi pudar selepas bakar. Rupanya ada tips supaya warna menjadi cantik pekat.

Jom lihat resipi yang dikongsikan oleh Nabila Farhana di bawah. Boleh cuba buat untuk kudapan seharian. Selamat mencuba!

RESIPI TART CADBURY, COKLAT TAK CAIR & WARNA JADI CANTIK

Bahan-bahan:

  • 250gm buttercup (Nak lagi sedap guna pure butter)
  • 2 tbsp gula Aising
  • 1 telur kuning
  • 1/2 tsp esen vanila
  • 300gm tepung gandum
  • 2 tbsp tepung kastard
  • 2 tbsp tepung jagung (supaya tart rapuh, tak keras kejung bila sejuk)
  • Coklat Cadbury (minipack)
  • Pewarna ungu violet (kalau nak warna cantik pekat tak pudar lepas bakar, guna oilbased food colouring)

Cara-cara:

  1. Pukul mentega, gula aising, kuning telur dan esen vanila sehingga sebati. Gaul guna senduk saja.
  2. Ayakkan kesemua tepung dan campurkan ke dalam adunan tadi. Uli sehingga menjadi doh. (boleh tambah atau kurangkan tepung sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan senang dibentuk)
  3. Kalau keras boleh tambah mentega sikit demi sedikit.
  4. Terap doh ke atas loyang dengan menggunakan acuan tart.
  5. Letakkan coklat cadbury sebagai inti dan gulungkan. Susun atas loyang.
  6. Panaskan oven 170°c selama 5 minit.
  7. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 160°c (bergantung oven masing2) sehingga masak atau sehingga biskut tak melekat dekat loyang.

Kredit: Nabila Farhana

Baca juga: Resipi Biskut Choc Chip Ala ‘Famous Amos’, Gaul Guna Senduk, Tak Guna Mixer Pun Jadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN