sos namplawan

Sebut sahaja rojak buah pasti membuatkan kita membayangkan keenakan buah-buahan segar seperti nanas, mangga, jambu dan sengkuang yang dihiris nipis serta dimakan bersama sos seperti sos namplawan.

Namplawan ini adalah kuah yang biasa dimakan bersama buah-buahan di Thailand. Rasa dia memang sedap! Lengkap dengan rasa manis, masin dan sedikit pedas.

Jika anda tertanya-tanya bagaimana rasa sos ini, jom cuba buat sendiri! Menu ringkas ini pasti akan menjadi antara makanan kegemaran anda ketika bersantai di waktu petang.

CARA BUAT SOS NAMPLAWAN

Bahan-bahan:

  • 1 cawan sos ikan
  • 1/2 cawan air
  • 5 sdb gula kabung Thai
  • 4 keping nisan
  • Sedikit belacan

Bahan tambahan:

  • 5 ulas bawang merah hiris nipis
  • 1 genggam udang geragau
  • 2 sdb cili flakes
  • 10 biji cili padi merah hijau (potong atau tumbuk kasar)

Cara-cara:

  1. Panaskan sos ikan dan air hingga mendidih. Masukkan gula kabung thai dan nisan.
  2. Kacau hingga gula kabung dan nissan cair dan masukkan belacan.
  3. Masak dengan api sederhana hingga sos betul-betul pekat. Tutup api.
  4. Masukkan bawang merah hiris, udang geragau, cili flakes dan cili padi yang dipotong.
  5. Kacau hingga sebati, tunggu sejuk boleh dimakan dengan mangga dan nenas.

P/S: Kuah colek mesti ada rasa manis, masin dan sedikit pedas. Kuah akan likat bila betul-betul sejuk.

Kredit: Rosmaliza Omar

Baca juga: Cara Buat Salad Buah Yang Mengenyangkan, Sesuai Untuk Diet!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN