tomyam putih versi thailand

Asyik masak tomyam merah bosan juga, apa kata jom cuba buat tomyam putih versi Thailand ini pula. Sedap sangat kalau makan dalam mangkuk campur dengan nasi. Semangkuk confirm tak cukup kalau macam ni.

Jom lihat resipi langkah demi langkah yang telah dikongsikan oleh Puan Ameera di laman sosial Facebook. Sangat mudah dan menyelerakan. Selamat mencuba!

Resipi Tomyam Putih Versi Thailand

Cara-cara membuat tomyam putih:

1. Masukkan air ke dalam periuk mengikut sukatan yang diingini.

2. Bila air dah menggelegak, masukkan lengkuas.

3. Masukkan 2 batang serai yang dititikkan.

4. Masukkan 1 biji bawang besar yang sudah dipotong.

5. Masukkan juga 3 ulas bawang putih yang sudah dihiris.

6. Kiub ayam 2.

7. Masukkan ayam, nak guna sotong atau udang pun boleh.

8. Masukkan cili padi yang dibelah dua.

9. Daun limau purut, kena buang urat tengah nanti pahit.

10. Seterusnya masukkan sayur-sayuran pilihan masing-masing.

11. 1 biji tomato.

12. Perahkan 1 biji limau nipis.

13. Tuangkan sos ikan dalam 2 sudu makan.

14. Jus limau 1 sudu makan.

tomyam putih versi Thailand

15. Hiaskan dengan bawang holland.

16. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

tomyam putih versi Thailand

17. Taburkan daun ketumbar.

tomyam putih versi Thailand

18. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

tomyam putih versi Thailand

Kredit: Ameera

Baca juga: Rahsia Buat Tomyam Pekat Ala Thai Yang Mudah & Sedap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN