keria gula melaka

Pasti ramai penggemar kuih keria gula melaka ni kan? Makan satu memang tak puas. Lagi-lagi waktu kuih ini masih panas, memang nikmat!

Rupanya tak susah mana pun cara membuat kuih keria ni. Kalau buat sendiri, boleh makan puas-puas! Jimat pun jimat.

Kalau anda ikut resipi perkongsian oleh Zaiman Zakaria ini, hasilnya kuih keria akan menjadi lembut di dalam dan rangup di luar. Selamat mencuba!

Resipi Kuih Keria Gula Melaka

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg ubi keledek putih/oren/unggu
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara:

1. Rebus ubi sehingga empuk. Kemudian toskan.

2. Lenyek ubi dengan garam sehingga lumat.

3. Masukkan tepung dan uli sampai doh tidak melekat pada tangan.

4. Untuk dapatkan saiz sama besar, timbang doh seberat 40gm/50gm.

5. Buat lubang di tengah dan susun dalam loyang.

6. Goreng dalam minyak yang panas menggunakan api perlahan. Goreng sehingga keperangan.

keria gula melaka

Bahan sira:

  • Seketul gula melaka anggaran 250 gm
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 cawan air

Cara-cara:

1. Masak semua bahan sehingga berbuih dan pekat. Guna api perlahan supaya gula tidak hangus.

2. Masukkan kuih keria tadi, kacau sampai gula menyaluti semua kuih.

3. Tutup api dan susun dalam loyang. (lapik plastik supaya tak melekat)

4. Bila dah sejuk, gula akan mengeras. Selamat mencuba!

keria gula melaka

Kredit: Zaimah Zakaria

Baca juga: Resipi Cek Mek Kelantan Guna 4 Bahan, Sangat Mudah & Sedap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN