sup telur suhun

Sedapnya sup telur suhun, walaupun ringkas tapi sedap sangat. Ada satu lauk ini pun dah cukup, tak perlu lauk lain dah.

Menu ini kembali popular apabila ianya dikongsikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Tapi jika mahu mendapatkan sup telur yang sempurna dan telur putih juga tidak berterabur, boleh ikuti tips yang telah dikongsikan oleh Yatie Kitchen di bawah.

Tips Masak Sup Telur Suhun Yang ‘Perfect’, Telur Putih Tak Berterabur

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Telur
  • Suhun
  • Daun sup/bawang
  • Mushroom seasoning

Cara-cara:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
  2. Kemudian baru masukkan air.
  3. Bila dah bendidih, tutup api kemudian baru pecahkan telur supaya telur putih tak berterabur.
  4. Selepas 5 minit agak-agak telur tu dah masak, baru hidupkan semula api.
  5. Bila sudah mendidih, terus tutup api dan baru masukkan suhun beserta daun sup atau daun bawang.
  6. Jangan lupa perasakan dengan mushroom seasoning.

sup telur suhun

Kredit: Yatie Kitchen

Baca juga: Petua Buat Sayur Lemak Putih Yang Padu. Kena Tumbuk Bahan Ini, Jangan Kisar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN