Resipi ini mungkin menarik perhatian anda untuk dicuba. Resipi telur pecah sambal berlado yang sedap! Apa yang penting, menu ini sangat cepat untuk disediakan. Maklumlah, ramai yang memilih untuk masak sendiri di rumah berbanding membeli menggunakan aplikasi penghantaran makanan kerana risau dijangkiti virus covid-19.
Namun, lama kelamaan akan muncul rasa bosan dan ‘tak tahu’ nak masak apa akibat terlalu lama berada di rumah. Kalau boleh hanya nak masak masakan yang simple dan tidak rumit untuk disediakan. Betul tak?
Kalau ada yang nak cuba, jom lihat resipi untuk menyediakan hidangan ini yang merupakan hasil perkongsian oleh saudari Zana Mokhtar di bawah. Tak perlu lauk lain dah, satu lauk ini pun dah cukup berselera! Confirm makan bertambah nasi.
Resipi Telur Pecah Sambal Berlado
Bahan-bahan:
-
Telur
-
Cili masak*
-
Cili api*
-
Tomato*
-
Bawang merah*
-
Bawang putih*
-
Sos tiram
-
Garam
Cara-cara:
1. Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda (*).
2. Tumiskan bahan-bahan yang sudah ditumbuk sehingga ia nampak garing dan sudah pecah minyak.
3. Masukkan sos tiram dan biarkan seketika.
4. Tambahkan air sedikit dan garam.
5. Biarkan sekejap dan selepas tu pecahkan telur di dalamnya. Biarkan sekejap telur itu.
6. Angkat dan hidangkan. Sedia untuk dimakan.
Kredit: Zana Mokhtar