Korang tahu tak sebenarnya kita boleh sahaja pilih bendi tanpa perlu patahkan hujung buahnya. Risau pula sekiranya korang patahkan hujung buahnya takut tauke kedai marah pula rosakkan bendi mereka.

Senang sahaja nak kenal bendi ini sekiranya anda risau terbeli yang tua, jom cuba tips ini.

1. Sangat Muda

Buah yang sangat muda ni tiada lubang udara di tangkai buah. Rujuk gambar buah nombor 1. Buah ni sangat sedap untuk kita celur dan rasa manis bendi itu ada. Cicah dengan budu atau tempoyak bersama nasi panas-panas, pasti tidak cukup nasi satu pinggan.

Buah tahap ini tidak sesuai untuk kita buat masak kari atau asam pedas sebab ianya terlalu lembut. Nanti dia akan pecah dan lembik.

2. Muda

Buah muda akan ada lubang udara yang kecil di tangkai buah. Rujuk gambar nombor 2. Biasanya saiz lubang itu besar jarum sahaja.

3. Tua

Buah tua ini akan ada lubang udara saiz mata ball pen di tangkai buah. Rujuk gambar nombor 3. Tidak sesuai untuk dimakan sebab buahnya agak keras.

4. Sangat Tua

Buah sangat tua ini lubang di tangkainya sudah besar sangat, lebih kurang saiz lidi sate. Buahnya sudah rasa keras dan mula berkayu. Tidak boleh dimakan sebab buah sudah tidak rasa apa-apa.

5. Tua Bangka

Buah tua bangka ini 100% buah sudah bertukar warna menjadi coklat dan kering. Buah tahap ini la kita simpan untuk buat benih.

Sumber: Azuan Abdullah

 

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN