Kalau sedang mencari idea pencuci mulut untuk jamuan kelas anak-anak, boleh cuba buat puding tutti frutti ini. Cara penyediaannya cukup mudah dan bahan-bahan yang digunakan pun ringkas.
Resipi perkongsian Linda Tamrin di Facebook ini menggunakan gabungan susu pekat, susu cair dan agar-agar. Ditambah pula dengan tepung kastard dan esen vanila, rasanya lebih lemak berkrim dan harum.
Baca juga: Sekali Buat Terus Dapat Apam Susu Gebu, Resipi Mudah Ini Sesuai Untuk Jamuan Anak!
RESEPI PUDING TUTTI FRUTTI MUDAH DAN SEDAP

Menariknya, semua bahan hanya perlu dimasukkan ke dalam periuk dan dimasak sehingga mendidih. Tak perlu menggunakan banyak peralatan atau melalui proses penyediaan yang rumit.
Selepas siap dimasak, tuangkan ke dalam acuan yang telah disapu filling dan sejukkan di dalam peti ais. Puding ini lebih enak dinikmati ketika sejuk.
Bahan-bahan:
- 1 tin susu pekat
- 1 tin susu cair
- 4 tin air (sukat menggunakan tin susu)
- 10g agar-agar
- 2 sudu makan tepung kastard
- 1 sudu esen vanila
- Secubit garam
- Filling secukupnya
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan susu pekat, susu cair, air, agar-agar, tepung kastard, esen vanila dan garam ke dalam periuk.
2. Kacau semua bahan sehingga sebati dan tepung kastard tidak berketul.
3. Hidupkan api dan masak menggunakan api sederhana sambil terus dikacau.
4. Kacau sehingga adunan mendidih dan semua bahan larut sebati.
5. Tutup api dan biarkan adunan sejuk.
6. Sementara itu, sapukan filling pada bahagian dalam acuan atau bekas yang ingin digunakan.
7. Apabila adunan sudah sejuk, tuangkan ke dalam acuan yang telah disediakan.
8. Simpan di dalam peti ais sehingga puding mengeras dan sejuk.
Dah siap! Puding tutti frutti ini boleh dipotong atau dikeluarkan daripada acuan sebelum dihidangkan.
Tip: Untuk rasa yang lebih menyegarkan, pastikan puding disimpan di dalam peti ais sebelum dihidangkan. Memang lebih sedap dinikmati ketika sejuk, terutama pada waktu cuaca panas.
Resipi ini juga boleh dijadikan pilihan untuk jamuan kelas, potluck atau pencuci mulut keluarga. Selamat mencuba!
Sumber: Linda Tamrin
Baca juga: Resipi Puding Ikan Koi Dan Itik Untuk Jamuan Sekolah Anak, Nampak Comel Sangat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

