Resepi sayur bayam ala banchan Korea ini merupakan hidangan sampingan yang sering melengkapkan sajian di Korea. Gabungan bayam yang lembut dengan aroma bawang putih dan minyak bijan menghasilkan rasa yang cukup lazat. Rasanya juga tidak terlalu kuat dan sesuai dengan cita rasa orang Melayu.

Resipi ini hanya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk disediakan. Bahan-bahannya juga ringkas dan mudah didapati, jadi tak perlu bersusah payah menyediakan hidangan sampingan yang mengambil masa lama.

Bayam banchan juga sesuai disediakan lebih awal untuk menjimatkan masa di dapur. Simpan di dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk dan sebaiknya habiskan dalam tempoh 3 hingga 4 hari bagi mengekalkan kesegaran serta keselamatannya.

Baca juga: Bayam Bulat vs Bayam Tajam, Nampak Hampir Sama Tapi Rupanya Banyak Beza! Ini Ciri-Cirinya

RESEPI SAYUR BAYAM ALA KOREA

resepi sayur bayam

Bahan-bahan:

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan bayam dan potong bahagian akar. Rebus bayam selama 1–2 minit sehingga layu.
  2. Angkat bayam dan terus toskan. Perah perlahan-lahan untuk membuang lebihan air.
  3. Masukkan bayam ke dalam mangkuk, kemudian tambahkan bawang putih cincang, garam, bijan dan minyak bijan.
  4. Gaul semua bahan sehingga sebati. Rasa dan sesuaikan garam mengikut citarasa.
  5. Simpan bayam banchan di dalam bekas kedap udara dan masukkan ke dalam peti sejuk.

Tip penyimpanan: Bayam banchan boleh disimpan dalam peti sejuk, tetapi sebaiknya habiskan dalam 3–4 hari untuk kualiti dan keselamatan makanan yang lebih baik. Pastikan ia disejukkan segera selepas disediakan. 

Sumber: Threads @atengdaud

Baca juga: Resipi Sayur Labu Air Campur Bayam & Cendawan, Menu Diet Ringkas Yang Sedap Ratah Begitu Saja!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending