Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan rasa yang cukup menyelerakan. Berbeza dengan mi rebus yang biasa dijumpai, versi ini menggunakan bahan tumbuk seperti bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sebagai asas kuah.

Cara penyediaannya juga tidak rumit kerana bahan-bahan yang digunakan mudah didapati. Ayam dimasak bersama kuah sehingga mendidih sebelum mi kuning, sayur pilihan dan telur dimasukkan. Gabungan bahan ini menghasilkan hidangan berkuah yang mengenyangkan.

Kalau sedang mencari idea menu untuk makan tengah hari atau makan malam, boleh cuba resipi perkongsian ini. Lebih menarik, semuanya dimasak dalam satu periuk sahaja dan paling sedap dinikmati ketika masih panas.

Baca juga: Rahsia Kuetiau Goreng Ala Kopitiam, Rupanya Cili Kisar Kena Tumis Sampai Garing Dulu!

RESIPI MI REBUS TERENGGANU

resipi mi rebus terengganu

Bahan-bahan:

  • Mi kuning secukupnya
  • Ayam secukupnya
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Sedikit halia
  • Lada hitam
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa
  • Air panas secukupnya
  • Sayur pilihan
  • Telur

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, sedikit halia dan lada hitam sehingga lumat.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan sedikit garing.
  3. Masukkan segelas air panas, diikuti ayam. Kacau sebati.
  4. Tambahkan air mengikut kuantiti kuah yang diinginkan.
  5. Apabila kuah mula mendidih, masukkan gula dan sedikit serbuk perasa. Sesuaikan rasa mengikut cita rasa.
  6. Masukkan mi kuning dan sayur pilihan ke dalam kuah.
  7. Pecahkan telur ke dalam periuk dan biarkan seketika sehingga telur masak.
  8. Tutup api dan mi rebus Terengganu sedia untuk dinikmati.

Hidangkan mi rebus Terengganu ketika masih panas supaya lebih terasa keenakan kuahnya. Walaupun menggunakan bahan yang ringkas, gabungan ayam, sayur dan telur menjadikan hidangan ini cukup mengenyangkan untuk seisi keluarga.

Sumber: Khairin Nisa Mizzarin

Baca juga: Ini Cara Buat Mi Kuah Daging Yang Menggiurkan, Hasilnya Sedap Sampai Licin Semangkuk!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending