Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti butter, susu sejat, bawang putih dan daun kari, hidangan ini boleh disediakan sendiri di rumah.
Udang buttermilk cukup digemari kerana gabungan rasa lemak berkrim, sedikit manis dan aroma daun kari yang menaikkan selera. Tambahan pula, penggunaan cili padi memberikan sedikit rasa pedas yang membuatkan kuahnya lebih menarik.
Lebih istimewa, udang perlu disalut dengan tepung dan digoreng terlebih dahulu sebelum digaul bersama kuah buttermilk. Hasilnya, udang terasa rangup di luar dan disaluti kuah yang berkrim. Memang sesuai dimakan bersama nasi putih panas!
Baca juga: Resipi Sambal Tumis Udang Simple, Rahsia Isi Kekal Juicy & Kuah Pekat Bersalut Elok!
CARA BUAT UDANG BUTTERMILK

Bahan-bahan:
- Udang secukupnya
- 1 cawan tepung ayam goreng segera
- Butter secukupnya
- 3 tangkai daun kari
- 5 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 biji cili padi (dihiris)
- 1 tin susu sejat
- Garam secukup rasa
- Serbuk pati ayam secukup rasa
- Gula secukup rasa
Cara-cara penyediaan:
- Bersihkan udang terlebih dahulu dan toskan sehingga kering.
- Salut udang dengan tepung ayam goreng segera sehingga rata.
- Panaskan minyak dan goreng udang sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Dalam kuali lain, cairkan butter secukupnya.
- Masukkan bawang putih yang telah dicincang dan tumis sehingga naik bau.
- Masukkan daun kari dan cili padi. Kacau sehingga daun kari layu dan aromanya naik.
- Tuangkan susu sejat dan kacau perlahan sehingga sebati.
- Perasakan dengan garam, serbuk pati ayam dan gula mengikut citarasa.
- Biarkan kuah mereneh seketika sehingga sedikit pekat.
- Masukkan udang goreng tadi dan gaul sehingga semua udang bersalut dengan kuah buttermilk.
- Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.
Tip: Jika suka kuah yang lebih pekat, biarkan susu sejat mereneh sedikit lama dengan api perlahan. Masukkan udang goreng pada peringkat akhir supaya salutan tepung tidak terlalu lembik.
Sumber: Hana Ramli
Baca juga: Resepi Sambal Tumis Udang Guna Pes Segera, Tak Perlu Renyah Untuk Makan Tengah Hari!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

