Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang ringan dengan tambahan bebola daging lembu menjadikan menu ini cukup mengenyangkan tanpa perlu menyediakan lauk yang terlalu banyak.
Menariknya, resipi ini tidak memerlukan banyak bahan untuk menghasilkan sup yang sedap. Air rebusan bebola daging digunakan sebagai asas kuah, manakala rumpai laut kering memberikan tekstur yang berbeza apabila mula mengembang. Tambahan daun bawang dan serbuk lada sulah pula menaikkan aroma serta rasa sup.
Cara penyediaannya juga cukup praktikal kerana anda tidak perlu menumis bahan kisar atau menyediakan stok sup secara berasingan. Hanya rebus bebola daging, kemudian gabungkan air rebusannya dengan rumpai laut dan bahan perasa. Jom cuba resipi sup rumpai laut ini untuk hidangan makan malam bersama keluarga!
Baca juga: Mi Sup Campur Bebola, Resipi Ringkas Tapi Aroma Tumisannya Buat Tak Sabar Nak Makan!
SUP RUMPAI LAUT BEBOLA DAGING

Bahan-bahan:
- 12–16 biji bebola daging lembu
- 10g rumpai laut kering
- 2 batang daun bawang, dihiris
- ½ sudu kecil garam
- ½ sudu kecil serbuk lada sulah
- 1–1.2 liter air
Cara penyediaan:
- Koyakkan rumpai laut kering kepada kepingan kecil dan masukkan ke dalam mangkuk.
- Tambahkan hirisan daun bawang, garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan.
- Didihkan air di dalam periuk sebelum memasukkan bebola daging lembu.
- Rebus selama 5–6 minit atau sehingga bebola daging masak sepenuhnya.
- Tuangkan air rebusan bersama bebola daging ke dalam mangkuk berisi rumpai laut.
- Gaul rata dan biarkan seketika sehingga rumpai laut lembut.
- Sup rumpai laut sedia untuk dinikmati!
Sumber: Threads @kakqi.s
Baca juga: Resepi Sup Bebola Ayam, Lengkap Dengan Tauhu Dan Cendawan Dalam Satu Mangkuk!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

