Teringin nak makan sizzling yee mee sedap seperti di restoran, tetapi tiada hotplate di rumah? Jangan risau, hidangan mi berkuah pekat ini tetap boleh disediakan menggunakan kuali biasa sahaja!

Menerusi perkongsian Eniza M. Salim di Facebook, beliau berkongsi resipi sizzling yee mee ayam versi mudah yang menggunakan bahan-bahan ringkas. Gabungan isi ayam, cendawan shitake, sawi dan telur menjadikan hidangan ini sesuai dinikmati bersama keluarga.

Baca juga: Mee Kicap Chinese Style Macam Di Kedai, Makan Sepinggan Confirm Licin!

RESIPI SIZZLING YEE MEE SEDAP GUNA KUALI BIASA

sizzling yee mee sedap

Tak perlu menggunakan peralatan khas untuk menyediakan hidangan ini. Cukup dengan beberapa bahan asas seperti yee mee, ayam dan sos perasa, anda sudah boleh menghasilkan hidangan mi berkuah yang menyelerakan.

Bahan-bahan:

  • 2 keping yee mee
  • 150 gram isi ayam, dihiris kecil
  • 3 hingga 4 helai sawi
  • 2 biji telur
  • 3 hingga 4 kuntum cendawan shitake, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1 cawan air
  • Sedikit lada sulah
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan bawang putih yang telah dicincang dan tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan isi ayam yang telah dihiris kecil. Kacau sehingga ayam berubah warna.

3. Seterusnya, masukkan cendawan shitake bersama sos tiram, kicap manis dan kicap pekat. Gaul sehingga semua bahan sebati.

4. Tuangkan secawan air ke dalam kuali, kemudian perasakan dengan sedikit lada sulah, garam dan perasa secukupnya.

5. Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air. Tuangkan ke dalam kuah sambil dikacau sehingga kuah menjadi pekat mengikut tekstur yang diinginkan.

6. Masukkan yee mee dan sawi. Kacau perlahan supaya mi bersalut dengan kuah dan sawi mula layu.

7. Pecahkan telur ke dalam masakan dan biarkan sehingga telur masak mengikut tahap kematangan yang disukai.

8. Setelah semua bahan masak, tutup api dan hidangkan sizzling yee mee ayam ketika masih panas.

Resipi ini memang boleh dijadikan pilihan apabila teringin menikmati mi ala restoran tanpa perlu mempunyai hotplate sendiri. Dengan menggunakan kuali biasa, anda tetap boleh menyediakan hidangan yang menyelerakan untuk makan tengah hari atau makan malam bersama keluarga.

Selamat mencuba!

Sumber: Eniza M. Salim

Baca juga: Cara Buat Mee Udang Mudah Dengan 5 Langkah, Confirm Hirup Kuah Sampai Licin!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending