Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis dan masamnya memang membuka selera. Lebih-lebih lagi apabila sambalnya meresap ke dalam isi ikan, memang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau malam.
Kalau selalu masak sambal ikan tongkol dengan cara biasa, kali ini boleh cuba tambah daun kesum untuk memberikan aroma yang lebih harum. Daun kesum bukan sahaja menaikkan bau masakan, malah menjadikan hidangan ini lebih istimewa.
Resipi ini juga menggunakan bahan kisar seperti cili kering, bawang merah, bawang putih dan beberapa bahan lain untuk menghasilkan sambal yang kaya dengan rasa. Hidangkan bersama nasi putih panas, ulam-ulaman dan telur dadar untuk melengkapkan hidangan seisi keluarga.
Baca juga: Cara Buat Sambal Cili Padi Ikan Cencaru, Rupanya Letak Cuka Buat Rasa Lagi Menyengat!
RESEPI IKAN TONGKOL MASAK SAMBAL

Bahan-bahan:
- 4–6 ketul ikan tongkol
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 1 genggam daun kesum
- 1 sudu kecil asam jawa
- Gula kerek secukupnya
- Gula pasir secukupnya
- Garam dan penyedap rasa secukupnya
- Air secukupnya
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
Bahan kisar:
- 10–15 tangkai cili kering (direbus)
- 4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1/2 inci belacan (jika suka)
Cara-cara penyediaan:
- Lumurkan ikan tongkol dengan sedikit garam dan kunyit jika suka. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan cili benar-benar masak. Kacau sekali-sekala supaya sambal tidak hangus.
- Masukkan gula kerek, gula pasir, garam, penyedap rasa dan air secukupnya. Tambahkan asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air, kemudian kacau sehingga sebati.
- Masukkan bawang besar yang dihiris dan biarkan sehingga sedikit layu.
- Masukkan ikan tongkol yang telah digoreng. Gaul perlahan-lahan supaya isi ikan tidak hancur dan biarkan sambal meresap ke dalam ikan.
- Akhir sekali, masukkan daun kesum dan masak selama 2–3 minit sehingga aromanya naik. Sesuaikan rasa sambal mengikut selera.
- Biarkan sambal mereneh sehingga kuah mencapai kepekatan yang disukai. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.
Tip: Masukkan daun kesum pada akhir masakan supaya aromanya kekal segar. Jika suka sambal yang lebih pekat dan meresap, biarkan kuah mereneh seketika dengan api perlahan sebelum dihidangkan.
Sumber: Norlaila Shaari
Baca juga: Resipi Ikan Temenung Masak Asam, Menu Kampung Yang Sedap Sampai Kuah Pun Licin!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

