Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar dengan kuah susu yang lemak berkrim menjadikan hidangan ini lebih menyelerakan, terutama apabila dinikmati sejuk-sejuk.
Kalau selalu buat koktail buah menggunakan susu cair dan susu pekat sahaja, kali ini boleh cuba tambah dairy whipping cream untuk menghasilkan kuah yang lebih creamy. Ditambah pula dengan laici dalam tin dan nata de coco, setiap suapan terasa lebih menarik dengan tekstur buah-buahan dan jeli yang kenyal.
Resipi yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Ekin Ramli ini turut menggunakan mangga dan buah naga yang dipotong dadu. Menurut Ekin, pilihan buah-buahan ini membantu mengimbangi rasa manis dan lemak kuah. Memang sesuai dijadikan pencuci mulut untuk jamuan, rumah terbuka atau dinikmati bersama keluarga.
Baca juga: Fruit Rice Paper Roll, Buah Segar Digulung Dalam Rice Paper… Sekali Gigit Memang Fresh!
RESIPI FRUIT COCKTAIL SEDAP, BERLEMAK DAN BERKRIM

Bahan-bahan:
- 3 tin susu cair
- 1 tin susu pekat
- 2 kotak kecil dairy whipping cream (200 ml setiap satu)
- 2 tin laici
- 1 bekas besar nata de coco perisa laici (1.5 kg), ambil jeli sahaja
- Buah mangga (dipotong dadu)
- Buah naga (dipotong dadu)
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan susu cair, susu pekat, dairy whipping cream dan laici dalam bekas besar. Kacau sehingga semua bahan sebati.
- Masukkan nata de coco yang telah diasingkan daripada airnya, diikuti mangga dan buah naga yang dipotong dadu.
- Gaul perlahan-lahan sehingga semua bahan bercampur rata.
- Simpan fruit cocktail di dalam peti ais sehingga sejuk sebelum dihidangkan.
Tip: Boleh gunakan buah-buahan lain mengikut selera. Jika suka rasa yang lebih seimbang, pilih buah yang mempunyai tahap kemanisan berbeza supaya tidak terlalu muak apabila digabungkan dengan kuah susu yang lemak berkrim.
Sumber: Ekin Ramli
Baca juga: Resepi Puding Buah Viral, Cute & Cepat Habis Bila Letak Atas Meja Dessert
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

