Cara masak telur kukus ini boleh dijadi pilihan hidangan yang sesuai apabila badan terasa letih selepas seharian bekerja, lebih-lebih lagi ketika cuaca berjerebu. Teksturnya yang lembut dan rasanya yang ringan menjadikan hidangan ini menyenangkan untuk dinikmati ketika tekak kurang selesa.
Ada kalanya, selepas pulang kerja, badan terasa lesu dan selera makan juga berkurangan. Telur kukus yang lembut dan hangat boleh memberikan keselesaan ketika berehat di rumah, terutama apabila anda mahukan hidangan yang tidak terlalu berat.
Selain itu, resipi ini tidak memerlukan banyak masa atau tenaga untuk disediakan. Dengan cara penyediaan yang ringkas, anda boleh menikmati semangkuk telur kukus yang hangat pada penghujung hari tanpa perlu bersusah payah di dapur.
Baca juga: Kari Telur Berempah Dengan Kuah Pekat Menyelerakan, Letak Dua Sayur Ini Pula Lagi ‘Syahdu’!
CARA MASAK TELUR KUKUS

Bahan-bahan:
- 4 biji telur gred A
- 400 ml air suam
- ½ sudu kecil perasa cendawan
- Hirisan daun bawang
- Chili oil
- Kicap soya cair
- Minyak bijan
Cara Penyediaan:
- Satukan telur, air suam dan serbuk perasa cendawan ke dalam mangkuk. Pukul perlahan sehingga semua bahan sebati akan tetapi jangan pukul terlalu lama.
- Tapis adunan telur sebelum dituang ke dalam mangkuk tahan panas untuk menghasilkan tekstur telur kukus yang lebih halus dan licin.
- Tutup mangkuk dengan plastik pembalut (cling wrap) supaya air daripada penutup pengukus tidak menitis ke dalam adunan.
- Kukus selama kira-kira 15 minit atau sehingga telur masak sepenuhnya. Pastikan telur tidak dikukus terlalu lama agar teksturnya kekal lembut.
- Setelah masak, taburkan hirisan daun bawang dan tambahkan minyak cili (chili oil), kicap soya cair, serta minyak bijan mengikut cita rasa. Hidangkan ketika masih hangat untuk rasa yang lebih menyelerakan.
Sumber: Threads @kak_t68
Baca juga: Rahsia Nak Buat Telur Rambu Nipis & Halus, Ini Cara Bancuh Adunan Supaya Menjadi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

