Sambal petai tempoyak merupakan antara hidangan yang sesuai untuk peminat masakan tradisional Melayu. Gabungan rasa masam tempoyak dengan aroma petai menjadikan hidangan ini cukup istimewa untuk melengkapkan sajian harian.
Keistimewaan sambal ini terletak pada gabungan rasa pedas, masam dan sedikit manis yang seimbang. Ikan bilis pula menambahkan rasa masin serta tekstur rangup yang menjadikan setiap suapan lebih menyelerakan.
Bagi yang gemarkan hidangan berasaskan tempoyak, resipi ini boleh dicuba di rumah kerana cara penyediaannya tidak rumit. Tahap kepedasan juga boleh disesuaikan mengikut cita rasa masing-masing, manakala jumlah petai boleh ditambah jika ingin menikmati rasa dan aromanya dengan lebih ketara.
Baca juga: Aroma Petai Dah Buat Kecur Air Liur! Resipi Sambal Udang Ini Memang Susah Nak Tolak
RESIPI SAMBAL PETAI TEMPOYAK

Bahan-bahan:
- 3 sudu besar tempoyak
- ½ genggam ikan bilis (untuk digoreng)
- Petai secukupnya
- Air secukupnya
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
Bahan untuk ditumbuk:
- 1 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- ½ inci kunyit hidup
- 5 biji cili padi
- ½ genggam ikan bilis
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.
- Menggunakan minyak yang sama, masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk. Kacau sehingga pecah minyak.
- Masukkan tempoyak dan kacau sehingga sebati. Untuk rasa yang lebih istimewa, anda boleh gaulkan tempoyak bersama bahan tumbuk di dalam lesung batu terlebih dahulu.
- Tuangkan air secukupnya, kemudian perasakan dengan garam, gula, dan perasa mengikut cita rasa.
- Masukkan petai dan biarkan seketika sehingga petai sedikit layu.
- Masukkan ikan bilis yang telah digoreng dan gaul sehingga semua bahan sebati.
- Siap untuk dihidangkan!
Sumber: Threads @ssyaim11
Baca juga: Resipi Kentang Ikan Bilis Dengan Petai & Terung, Lauk Legend Ini Memang Padu!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

