Cara buat lasagna roti boleh menjadi pilihan bagi mereka yang ingin menikmati hidangan ala lasagna tanpa perlu menggunakan kepingan pasta. Hidangan ini sesuai untuk sarapan pagi atau makan malam kerana mengenyangkan dan mudah disediakan di rumah.
Gabungan roti, inti daging dan keju yang dibakar menghasilkan hidangan dengan tekstur yang menarik. Roti menjadi sedikit rangup di bahagian luar, manakala keju yang cair menambahkan rasa lemak dan menyelerakan.
Menariknya, resipi ini boleh disesuaikan mengikut cita rasa masing-masing. Anda boleh menyediakan dua atau tiga lapisan roti mengikut kesukaan serta menggunakan oven atau air fryer untuk membakarnya.
Baca juga: Potato Lasagna Tanpa Lasagna Sheet, Guna Kentang Lebih Jimat Dan Tetap Sedap!
CARA BUAT LASAGNA ROTI

Bahan-bahan:
Bahan inti daging:
– Minyak masak
– Bawang putih, dicincang
– Bawang besar, dicincang
– Daging kisar
– Sos pasta
– Garam secukup rasa
– Perasa secukupnya
Bahan untuk susunan:
– Roti
– Keju mozzarella
– Keju cheddar
Cara penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar dan masak sehingga daging empuk.
3. Tambahkan sos pasta, garam dan perasa secukupnya. Gaul hingga sebati.
4. Masak sehingga daging betul-betul masak dan inti menjadi agak kering. Angkat dan biarkan sejuk.
5. Susun sekeping roti di dalam bekas yang sesuai untuk dibakar. Letakkan inti daging, kemudian taburkan keju mozzarella dan cheddar.
6. Tutup dengan sekeping roti lagi dan ulang langkah yang sama untuk lapisan seterusnya. Boleh buat dua hingga tiga lapisan mengikut kesukaan.
7. Bakar menggunakan oven atau air fryer sehingga roti keemasan dan keju cair.
Sumber: Threads @kenmiraaa
Baca juga: Resepi Dumpling Lasagna Viral TikTok, Rupanya Mudah Buat Di Rumah Tanpa Oven
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

