Cara buat dumpling udang ini sesuai untuk anda yang mahu menyediakan sarapan yang lebih menarik tanpa menggunakan terlalu banyak bahan. Hanya lima bahan diperlukan untuk menghasilkan dumpling yang lembut, berinti dan mengenyangkan. Menu ini juga boleh dijadikan hidangan ringan untuk dinikmati pada bila-bila masa.

Gabungan udang dan sayur-sayuran menghasilkan inti yang lembut dengan rasa manis semula jadi. Sedikit minyak truffle atau pes truffle hitam pula memberikan aroma yang lebih harum dan rasa yang istimewa. Resipi ini juga sesuai disediakan lebih awal untuk menjimatkan masa pada waktu pagi.

Dumpling yang telah dikukus boleh dinikmati ketika masih suam bersama sos cili sebagai pencicah. Rasanya lebih enak apabila dimakan panas-panas, sesuai dijadikan sarapan, hidangan ringan, atau pembuka selera.

Baca juga: Cara Buat Dumpling Ayam Homemade, Letak Inti Penuh-Penuh Memang Puas Makan!

CARA BUAT DUMPLING UDANG

cara buat dumpling udang

Bahan-bahan:

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan isi udang dan potong brokoli serta lobak merah kepada saiz kecil.
  2. Celur brokoli dan lobak merah selama 2 hingga 3 minit sehingga sedikit lembut. Toskan.
  3. Masukkan isi udang, brokoli, dan lobak merah ke dalam pengisar.
  4. Kisar sehingga semua bahan menjadi halus dan sebati.
  5. Masukkan 1 sudu kecil minyak atau pes truffle hitam ke dalam adunan.
  6. Gaul sehingga sebati.
  7. Ambil sekeping kulit wantan dan letakkan kira-kira 1 sudu besar inti di bahagian tengah.
  8. Basahkan sedikit bahagian hujung kulit wantan dengan air.
  9. Lipat kulit wantan dan tekan bahagian tepinya sehingga tertutup kemas.
  10. Ulang langkah yang sama sehingga semua inti dan kulit wantan habis.
  11. Susun dumpling di dalam pengukus.
  12. Kukus selama 5 hingga 7 minit atau sehingga dumpling masak.
  13. Angkat dan hidangkan ketika masih suam bersama sos cili atau cili minyak mengikut cita rasa.

Sumber: Tiktok @AuntieJo’Nook

Baca juga: Resepi Dumpling Lasagna Viral TikTok, Rupanya Mudah Buat Di Rumah Tanpa Oven

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending