resepi wantan ayam

Resepi wantan ayam goreng ini memang sesuai dijadikan kudapan minum petang yang ringkas tapi menyelerakan.

Bahagian luar rangup keemasan, manakala intinya pula lembut dan berjus. Sekali makan memang susah nak berhenti.

Nak buat pun tak susah kerana bahan-bahannya mudah didapati. Hanya gunakan isi ayam, sedikit sayuran dan perasa asas, dah boleh hasilkan wantan homemade yang setanding beli di kedai.

Kalau rajin, boleh buat lebih dan simpan dalam peti seju beku. Bila teringin, hanya perlu tinggal goreng saja.

Baca juga: Resipi Pisang Goreng Thai Rangup & Gerenti Jadi, Sekali Makan Tak Boleh Berhenti!

RESEPI WANTAN AYAM GORENG

resepi wantan ayam

Bahan inti wantan:

  • 2 ketul isi dada ayam (dicincang halus)
  • 1/4 biji lobak merah (disagat halus)
  • 2 ulas bawang merah (dicincang halus)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • Daun bawang (dipotong halus)
  • Serbuk lada putih secukup rasa
  • Serbuk lada hitam secukup rasa
  • Sedikit minyak bijan
  • Serbuk perasa
  • 1 sudu besar tepung ubi atau tepung jagung
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar kicap sotong
  • Kulit wantan segera (instant)

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan inti ke dalam mangkuk kecuali kulit wantan.
  2. Gaul sehingga sebati dan perap selama 15 minit supaya bahan lebih mesra dan berperisa.
  3. Ambil sekeping kulit wantan, letakkan sedikit inti di tengah, kemudian kelim kemas mengikut bentuk yang diingini.
  4. Susun wantan yang siap dikemas di atas pinggan.
  5. Panaskan minyak secukupnya. Goreng wantan sehingga keemasan dan rangup. Angkat serta toskan minyak.
  6. Hidangkan wantan bersama sos Thai Mae Pranom yang ditabur sedikit daun ketumbar dan bijan.

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Rahsia Keropok Lekor Rangup, Celup Dalam Bancuhan ‘Tepung Ini’ Sebelum Goreng

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN