Resipi petola masak air ini sesuai untuk hari yang terasa ingin makan sesuatu yang ringan dan tenang. Kuahnya yang panas dengan petola yang lembut memang cukup untuk membuatkan hidangan terasa lebih selesa.

Gabungan fucuk, cendawan dan suhun pula menjadikan sup ini lebih mengenyangkan dengan tekstur yang pelbagai. Cili padi memberikan sedikit rasa pedas, manakala bawang dan pati ayam menambahkan rasa pada kuah.

Taburan bawang goreng di atas sup memberikan aroma yang lebih wangi serta sedikit tekstur rangup. Nikmati bersama nasi putih untuk hidangan yang ringkas dan menyelerakan.

Baca juga: Resipi Sayur Petola Berlado, Tak Perlu Banyak Bahan Tapi Rasanya Memang Sedap

RESIPI PETOLA MASAK AIR

resipi petola masak air

Bahan-bahan:

  • Fucuk secukupnya
  • Cendawan hitam secukupnya
  • Suhun secukupnya
  • 1 biji petola
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Cili padi secukupnya
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 cawan air
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • Bawang goreng secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Rendam fucuk, cendawan hitam dan suhun sehingga lembut.
  2. Toskan dan ketepikan.
  3. Buang kulit petola, kemudian potong secara menyerong dengan ketebalan sederhana.
  4. Hiris bawang merah dan bawang putih.
  5. Potong kecil cendawan hitam yang telah direndam. 
  6. Panaskan minyak masak dalam periuk.
  7. Tumiskan cili padi, bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
  8. Masukkan air dan kiub pati ayam. Kacau sehingga sebati.
  9. Masukkan petola, suhun, kulat dan fucuk.
  10. Perasakan dengan garam dan masak sehingga petola lembut.
  11. Taburkan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Sumber: Threads @resipisiti

Baca juga: Resipi Sayur Lemak Putih Petola, Makan Bertambah Walaupun Lauk Ringkas!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending