Kalau nak cuba resepi ikan siakap goreng yang lain daripada kebiasaan, boleh buat versi masak asam ini. Ikan siakap digoreng hingga garing sebelum dipadankan dengan kuah asam yang pekat, wangi dan cukup rasa.
Rahsianya, halia dan bawang digunakan agak banyak supaya kuah lebih harum dan menyelerakan. Ditambah pula dengan cili padi, timun dan tomato, setiap suapan terasa gabungan masam, manis dan pedas yang memang membuka selera.
Baca juga: Resepi Sambal Sardin Sedap, Simple & Pedas, Lawan Telur Dadar Memang ‘Ngam’!
RESEPI IKAN SIAKAP GORENG KUAH ASAM

Resipi ini sesuai untuk menu makan tengah hari kerana penyediaannya tidak terlalu rumit. Ikan digoreng terlebih dahulu supaya kekal garing, manakala kuah asam dimasak secara berasingan sebelum dituangkan bersama ikan ketika hendak dihidangkan.
Lebih sedap kalau dinikmati dengan nasi putih panas, ulam-ulaman segar dan sambal belacan.
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan siakap
- Halia secukupnya, dihiris
- Bawang merah secukupnya
- Bawang putih secukupnya
- Air asam jawa secukupnya
- Timun secukupnya
- Cili padi secukupnya
- Tomato secukupnya
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Serbuk perasa secukupnya
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
Cara-cara Penyediaan:
1. Bersihkan ikan siakap dan lumurkan dengan sedikit garam.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan siakap sehingga masak dan garing di kedua-dua bahagian. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali yang sama, kemudian tumis halia yang telah dihiris sehingga kekuningan dan naik bau.
4. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga bawang menjadi layu dan wangi.
5. Tuangkan air asam jawa dan biarkan kuah mendidih.
6. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Kacau dan rasa kuah supaya seimbang mengikut citarasa.
7. Masukkan timun dan cili padi. Biarkan seketika supaya rasa sebati dengan kuah.
8. Akhir sekali, masukkan tomato dan tutup api.
9. Letakkan ikan siakap goreng di dalam pinggan hidangan, kemudian tuangkan kuah asam di atas ikan.
Tips Buat Resepi Ikan Siakap Goreng Lebih Sedap
- Lebihkan halia dan bawang jika suka kuah yang lebih wangi dan beraroma.
- Goreng ikan sehingga cukup garing supaya teksturnya tidak cepat lembik apabila terkena kuah.
- Jangan masak tomato terlalu lama supaya ia tidak terlalu hancur.
- Laraskan sukatan air asam jawa mengikut tahap masam yang disukai.
- Tambah cili padi jika mahukan rasa pedas yang lebih menyengat.
- Jika mahu ikan kekal rangup, jangan rendam ikan terlalu lama dalam kuah.
- Kuah boleh dituangkan ke atas ikan hanya ketika hendak dihidangkan.
Gabungan ikan siakap goreng yang garing dengan kuah asam yang masam, manis dan pedas memang sesuai untuk membuka selera. Hidangkan bersama nasi panas, ulam-ulaman dan sambal belacan untuk menu makan tengah hari yang lebih lengkap.
Selamat mencuba!
Sumber: Nor Hafizah Ismail
Baca juga: Sotong Kacang Buncis, Lauk Kampung Yang Ringkas Tapi Cukup Membuka Selera
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

