Kalau nak goreng ayam rangup, tapi rasa renyah nak sediakan tepung basah dan tepung kering berasingan, boleh cuba cara yang lebih mudah ini. Tak perlu proses salut ayam berkali-kali, cuma gaulkan semua bahan perapan dalam satu bekas sebelum terus digoreng.
Ayam digaul bersama bawang putih, jintan dan ketumbar yang ditumbuk, kemudian ditambah garam serta serbuk kunyit. Sedikit tepung goreng ayam atau tepung jagung pula digunakan supaya bahan tumbuk tadi melekat elok pada ayam ketika digoreng.
Cara ini sesuai untuk yang nak sediakan ayam goreng dengan cepat tanpa dapur jadi terlalu bersepah. Hasilnya pula ayam tetap berwarna keemasan, beraroma rempah dan ada rasa rangup di bahagian luar.
Baca juga: Resipi Ayam Kicap Ini Nampak Mudah, Tapi Rupanya Ada Petua Yang Buat Kuahnya Lagi Sedap
CARA GORENG AYAM RANGUP TANPA TEPUNG BASAH & TEPUNG KERING
Bahan-bahan:
- Ayam secukupnya
- Bawang putih
- Jintan
- Ketumbar
- Garam secukup rasa
- Serbuk kunyit secukupnya
- Sedikit tepung goreng ayam atau tepung jagung
- Minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara penyediaan:
- Tumbuk bawang putih bersama jintan dan ketumbar sehingga lumat atau mengikut tekstur yang disukai.
- Masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam bekas.
- Masukkan bahan tumbuk, garam dan serbuk kunyit. Gaul sehingga semua bahan sebati dan ayam bersalut rata.
- Tambahkan sedikit tepung goreng ayam atau tepung jagung. Gaul lagi supaya bahan tumbuk melekat pada permukaan ayam. Tak perlu letak terlalu banyak tepung kerana ia bukan untuk membuat salutan tebal.
- Jika ada masa, perap ayam seketika supaya bahan perapan lebih sebati.
- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali menggunakan api sederhana.
- Masukkan ayam dan goreng sehingga keemasan serta masak sepenuhnya.
- Angkat ayam dan toskan minyak.
- Sedia dihidangkan bersama nasi panas dan lauk pilihan.
Sumber: Thread @marshifah
Baca juga: Resipi Ayam Masak Merah Santan, Tengok Kuahnya Yang Pekat Cantik Pun Dah Buat Terliur
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

