Kalau suka buat roti sendiri di rumah, resepi roti bun inti buttermilk ini memang wajib dicuba. Teksturnya gebu dan lembut, manakala inti buttermilk pula memberikan rasa manis, lemak dan harum yang membuatkan bun ini lebih istimewa.
Resipi yang dikongsikan oleh Diana George di Facebook ini menggunakan bahan yang mudah didapati dan menghasilkan sekitar 10 hingga 12 biji bun. Paling sedap, nikmati ketika masih suam selepas keluar dari oven.
Baca juga: Jangan Salah Guna! Ini Cara Betul Guna Air Kapur Dalam Kuih, Hasil Lebih Cantik & Menjadi
RESEPI ROTI BUN INTI BUTTERMILK
Bahan-bahan doh:
- 3 cawan tepung roti atau tepung gandum biasa
- 1 cawan air suam
- 2 sudu besar gula kastor
- 1 sudu besar yis kering
- 1 biji telur gred A atau B
- 2 sudu besar mentega atau marjerin
- ½ sudu kecil garam
Bahan-bahan inti buttermilk:
- ½ cawan mentega atau marjerin, suhu bilik
- ⅓ cawan gula kastor
- 1 cawan susu tepung
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara Penyediaan:
A. Sediakan inti buttermilk
1. Pukul mentega bersama gula kastor sehingga sebatian menjadi lembut.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila, kemudian kacau sehingga sebati.
3. Masukkan susu tepung dan tepung gandum.
4. Gaul sehingga campuran menjadi doh yang boleh digumpal.
5. Bahagikan inti kepada 10 hingga 12 bebola kecil.
6. Simpan bebola inti di dalam peti ais selama kira-kira 15 minit supaya menjadi sedikit keras dan lebih mudah dibalut dengan doh.
B. Sediakan doh roti
1. Campurkan air suam, gula dan yis kering di dalam cawan.
2. Biarkan selama 5 hingga 10 minit sehingga permukaannya berbuih.
3. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung bersama garam.
4. Tuangkan campuran yis dan masukkan telur yang telah dipukul ringan.
5. Uli sehingga menjadi doh kasar.
6. Masukkan mentega atau marjerin.
7. Teruskan menguli selama 10 hingga 15 minit sehingga doh menjadi licin, elastik dan tidak melekit.
8. Bulatkan doh dan tutup mangkuk menggunakan kain bersih atau plastik pembalut.
9. Biarkan doh naik sehingga kira-kira dua kali ganda. Proses ini biasanya mengambil masa sekitar 45 hingga 60 minit bergantung kepada suhu bilik.
C. Bentukkan bun
1. Setelah doh mengembang, tekan perlahan-lahan untuk mengeluarkan udara.
2. Bahagikan doh kepada 10 hingga 12 bahagian yang sama besar.
3. Ambil satu bahagian doh dan leperkan bahagian tepinya.
4. Letakkan sebiji inti buttermilk di tengah.
5. Tarik dan kemaskan doh sehingga inti tertutup sepenuhnya.
6. Picit bahagian bawah doh supaya tertutup rapat dan inti tidak mudah terkeluar ketika dibakar.
7. Ulang sehingga semua doh dan inti habis.
8. Susun bun di dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega.
9. Biarkan bun naik sekali lagi sehingga kira-kira dua kali ganda.
D. Bakar roti
1. Sapu permukaan bun dengan sedikit susu segar atau baki telur.
2. Bakar pada suhu 160°C selama 15 hingga 20 minit, atau sehingga permukaannya bertukar perang keemasan.
3. Setelah keluar dari oven, sapukan sedikit mentega di atas bun ketika masih panas.
4. Biarkan seketika sebelum dihidangkan.
Tips Supaya Roti Bun Gebu Dan Lembut
- Uli doh sehingga benar-benar licin dan elastik untuk mendapatkan tekstur roti yang gebu.
- Biarkan doh naik sehingga kira-kira dua kali ganda sebelum dibentuk.
- Sejukkan inti buttermilk selama 15 minit supaya lebih keras dan mudah dibalut dengan doh.
- Pastikan bahagian bawah doh dipicit dan ditutup kemas supaya inti tidak terkeluar ketika dibakar.
- Jangan terlalu banyak menambah tepung ketika menguli kerana boleh menyebabkan roti menjadi keras.
- Laraskan suhu dan masa pembakaran mengikut jenis oven masing-masing.
- Sapu sedikit mentega pada roti sebaik sahaja keluar dari oven supaya permukaannya lebih lembut dan berkilat.
Selamat mencuba!
Sumber: Diana George
Baca juga: Telur Kopitiam Guna Periuk Biasa, 7 Minit Saja Dah Boleh Dapat Kuning Cair Elok!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

