Kalau sedang mencari resepi apam balik sedap untuk sarapan, resipi ini memang boleh cuba. Tak perlu banyak bahan atau teknik yang susah, hanya bancuh adunan, masak atas kuali dan letakkan inti atau topping mengikut selera.
Apam balik homemade ini sesuai dibuat untuk sarapan pagi sebelum anak-anak ke sekolah. Teksturnya gebu dan berpori, manakala bahagian bawahnya pula sedikit garing dan keperangan. Bila masih panas, sapukan mentega atau marjerin dan taburkan gula untuk rasa yang lebih sedap.
Paling best, topping boleh diubah ikut kegemaran keluarga. Selain gula dan mentega, boleh juga tambah kacang tanah, jagung, coklat, keju atau apa sahaja bahan yang ada di dapur. Memang senang kalau tiba-tiba anak-anak teringin makan apam balik.
Baca juga: Resipi Cempedak Goreng ‘Krup Krap’ Walaupun Dah Sejuk, Rupanya Ada Satu Rahsia Dalam Bancuhan
RESEPI APAM BALIK SEDAP
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar gula pasir
- ½ sudu teh garam
- 1 biji telur gred B
- 1¼ cawan air
- 2 sudu besar minyak masak
- ½ sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh soda bikarbonat
- ½ sudu teh perasa vanila
- Pewarna kuning (jika suka)
Bahan untuk sapuan & topping:
- Mentega atau marjerin
- Gula pasir
- Kacang tanah (jika suka)
- Jagung, coklat, keju atau topping pilihan
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan tepung gandum, gula, garam, telur, air, minyak masak, serbuk penaik, soda bikarbonat dan perasa vanila ke dalam mangkuk.
- Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan tidak berketul. Jika masih terdapat ketulan tepung, tapis adunan supaya hasil apam balik lebih licin.
- Panaskan kuali tidak melekat dengan api sederhana. Oleskan sedikit marjerin atau minyak pada permukaan kuali.
- Tuangkan adunan secukupnya ke dalam kuali yang sudah panas. Ratakan adunan mengikut saiz apam balik yang diinginkan.
- Biarkan adunan masak sehingga permukaannya mula mengeluarkan banyak lubang atau pori. Pada ketika ini, tutup kuali supaya bahagian atasnya masak dengan sempurna.
- Periksa bahagian bawah apam balik. Angkat apabila warnanya sudah keperangan dan masak.
- Ketika masih panas, sapukan mentega atau marjerin di atas permukaan apam balik. Taburkan gula dan tambahkan topping pilihan.
- Lipat apam balik kepada dua bahagian, kemudian potong mengikut saiz yang sesuai.
- Hidangkan apam balik ketika masih suam untuk menikmati tekstur yang gebu dan bahagian bawah yang sedikit garing.
Sumber: Ummi Danishaluq
Baca juga: Cara Buat Cekodok Pisang Lain Dari Biasa, Tambah Kelapa Parut Rupanya Lagi Sedap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

